Friday, July 10, 2009

Aku ke kau Along? 2

‘Aik, lawanya! Dalam kereta pun pakai macam ni?’ Angah buat muka pelik. Diperhatinya Along atas bawah. Cantik! Cukup dengan blouse unggu, jeans gelap dan tudung warna lembut. Cukup menyerlahkan penampilan Aleesya. Along tarik muka selamba. Mentang-mentanglah masa zaman sekolah aku comot je. Ingat aku tak pandai bergaya ke apa Angah ni.Dicapainya kunci kereta Myvi kepunyaan abah. Nasib baik ada myvi, cuak juga nak naik Honda Accord, manual tu. Tak reti aku. Di US, dia mana pernah guna manual. Kali terakhir guna manual pun, masa ujian memandu dulu, itupun 2 tahun lepas.
‘Kata nak tengok Tansformer, Along pun minat gak nak tengok,’ Aleesya menyarung kaki ke sepatu. Cukuplah pakai sneakers, belum terbuka hati nak pakai kasut tumit tinggi. Mau jalan tak cukup tanah nanti. Angah terkial-kial membetulkan letak tudung. Adoi, lajunya siap Along ni!
‘Kejap la Along!’ Aleesya berpaling melihat Angah. Hampir terjojol biji matanya.
‘Ya Allah, baju apa Angah pakai ni! Nama ja pakai tudung!’ Angah buat muka selamba. Ah, ceramah lagi!
‘Ala Along. Oklah ni! Jomlah, nanti lambat,’ Cepat-cepat Angah mengelak dari bersoal jawab.
‘Ketat sangat tu Angah. Pergi tukar. Kalau tak, tak payah pergi!’ Tegas Aleesya bersuara. Kalau tak aku, siapa lagi yang nak tegur. Abah sibuk memanjang, mana sempat nak belek Angah pakai baju apa. Nak harap Mak Teh, dia sekadar makan gaji, bukannya darah daging sendiri. Angah tarik muka. Namun dipanjat juga anak tangga. Dari melepas Transformer, ikut sajalah.
Angah, angah. Risau aku macam ni. Baru setahun saja aku pergi, dah lain macam dah adik aku ni. Tak tahu nak harapkan siapa, setakat telefon, bukan nak masuk pun dalam kepala tu. Buat habis air liur aku saja telefon tiap-tiap minggu.
‘Ni ok?’ Tanya Angah malas. Kalau tak ok, memang aku pakai baju kurung nanti! Aleesya senyum.
‘Ha, macam ni la. Sopan.’ Angah mencebik. Nak suruh aku jadi ustazah la tu!
Enjin dihidupkan. Terasa lain macam pula, padahal, baru setahun tak bawa kereta kat sini.
‘Kenapa Along? Tak biasa belah kanan eh?’Angah terkial-kial menarik tali pinggang duduk. Apahal liat semacam ja seat belt ni.
‘A’ah. Lain lain macam. Tapi ok je kot,’ Gear undur dimasukkan, brek tangan dilepas perlahan-lahan. Berhati-hati dia memulas stereng. Cuak juga bila nak undur keluar dari rumah ni. Sempit.
‘Sana bawa auto ye Along? Eh, Along bila nak beli kereta?’ Kereta sudah mula bergerak. Angah sibuk mencari siaran radio Hot fm.
‘Auto jela. Sana orang banyak pakai auto je. Banyak lah nak beli. Along rela naik bas je,’ Pandangannya tetap fokus di hadapan.
‘Yeka. Senang lah camtu. Ala, nak pergi jalan, kan ke senang ada kereta,’ Tangannya berhenti menekan bila lagu nyanyian Rossa, Cinta terlanjur masuk ke corong telinga.
‘Kitorang sewa ja mau nak jalan. Ada je yang murah. Tapi sewa atas nama senior, sebab tak cukup umur lagi.Eh, kanan kan Angah?’ Terasa ragu-ragu pulak. Tapi rasanya betullah lepas ni belok kanan.
‘A’ah kanan. Umur berapa baru boleh?’
‘21’
‘Ler, tahun depan dah boleh la, nanti Angah visit Along, senang nak bawa jalan,’
‘Yela tu. Banyak la duit abah. Angah ni tak teringin ke belajar oversea?’ Dari jauh, dilihatnya kereta bersusun-susun, bergerak macam ala-ala siput. Ah, ni yang aku tak suka ni. Jem strawberry la pula.
‘Entah. Tak kot. Angah ni bila fikir pasal u, kolej pun dah macam pusing-pusing gitu. Tak bestnya belajar!’
‘Ler, boleh pula tak suka belajar. Tak nak study, nak buat apa? Kerja? Kerja apalah Angah boleh buat dengan SPM je. Sekarang ni, orang ada degree pun melangut ja tau. Susah nak cari kerja.’ Angah sudah tarik muka. Ha, dah mula la tu, ceramah free. Ni yang malas ni bila sembang dengan Along. Dikeluarkannya telefon bimbit, buat hilang boring dengar ceramah.
‘Angah, dengar tak pa Along cakap ni. Tak habis habis bersms. Macam lah setahun tak jumpa,’
‘Sms Aiman jap, Tanya nak jumpa kat mana.’ Aleesya diam. Akhirnya dia yang penat. Buang karan betul bagi nasihat kat budak nama Aneesa ni.

Aku ke kau Along? 1

Buku Hlovate ditutup. Nafas dihela. Segala perasaan bersarang dalam kepala aku. Rasa cemburu bercampur kagum juga rasa sakit hati. Bukan sakit hati dengan Hlovate, pengarang yang tak mahu identiti didedahkan itu, tapi sakit hati dengan diri. Rasa geram bercampur marah dengan diri yang asyik buat kerja separuh jalan. Umur dah masuk 20 tahun ni..Satu novel pun tak siap, ah..sekadar nak berbangga dengan satu cerpen tu apalah sangat. Balik cuti ni ada la angan-angan nak buat lagi satu cerpen sekurang-kurangnya, tak pun cari idea, buat plot sikit pasal apa-apalah. Ha, ni la masalah aku, nak buat novel itu ini, tapi main hentam ja, bukan nak fikir tema ke dulu. Perasan bagus la tu. Tema apa ya? Cinta? Adoi, cinta cinta..naik geli pula semenjak dua menjak ni. Ish, manalah aku tau bercinta ni. Asyik kena main adalah. Malang betul la budak nama Aleesa ni.
‘Along!’ Pintu terkuak luas. Kacau betullah budak sorang ni. Angah masuk ke dalam tanpa dipelawa. Aleesa tarik muka. Ada la benda tu. Kalau tak suruh aku buat air, mesti nak minta pisang goreng ke petang-petang camni. Dia ingat Along dia ni orang gaji ke apa.
‘Along! Dengar ke tak ni! Ish, sejak balik, kerja ngadap novel ja.’ Angah membelek-belek isi beg segi empat hitam di sebelah katil. Kot-kotlah ada harta karun, entah apa barang la Along ni bawa balik. Punyalah besar beg, gaya macam tak nak balik US balik dah.
‘Ha, tu punggah apa pula tu? Ni cari Along kenapa? Dah bosan melayan boyfriend-boyfriend tu?’ Perli Aleesa. Adik aku ni, umur baru 16, tapi Ya Allah punya la ramai boyfriend. Aku yang dah 20 tahun ni dah terasa macam anak dara tak laku pula! Angah sengih. Dicapainya reader digest.
‘Along Along.. Ingatkan angkut statue liberty ke, takpun t-shirt new york ke kat Angah ni. Ni reader digest? Harry porter? Apa ni? Punya la banyak novel diangkutnya balik.
`Ala, nanti tak tahu pula nak buat apa kat rumah. Lagipun, banyak yang Along tak sempat baca. Beli pun before final hari tu. Punya la tahan nafsu ni ! Reader digest tu beli kat airport, boring atas flight. Angah sekadar membelek, tak perlu tunggu lama diletak kembali ke dalam beg Alongnya. Bosan!
‘Tengoklah tu, buku-buku macam tu, tak nak baca. Asyik chatting 24jam. Exam bila ni?’ Tegur Aleesa.
‘Ala, bukan SPM Along. Relax la dulu. Enjoy. Tak nak lah jadi macam Along, asyik berkepit dengan buku je.’
‘Ha, eloklah tu, dari berkepit dengan boyfriend ja. Apa dapat? Boleh masuk u nanti?’
Angah gelak. Along aku ni dalam telefon pun nak ceramah, dah balik pun masih nak ceramah. Adoi!
‘Ala Along, dapat kahwin la!’ Angah sudah terkekeh-kekeh ketawa. Ketawa ala ala kuda betina miang. Aleesa sudah terjegil mata.
‘Along, Along. Nak pisang goreng,’ Cepat-cepat Angah menukar topik. Takut ceramah bersambung sampai ke malam!
‘Ha, kahwin nak? Buat pisang goreng pun tak lepas lagi!’ Namun Aleesa turutkan juga adiknya, dihempasnya novel karya Hlovate ke katil. Angah senyum puas. Sibuk dia membuntuti Aleesa ke dapur.
Pisang goreng sudah terhidang di meja. Pergi mana pula la Angah ni. Ya Allah, budak ni, dibiarnya bekas gula tak bertutup, dengan milo tak siap dibancuh. Haru betul! Dituangnya air panas ke dalam teko yang sudah berisi milo dan gula. Terdengar suara Angah dari belakang, sedang berbual manja. Dengan boyfriend la tu. Abah aku pun, manjakan sangat! Angah minta top up, ikut saja. Membazir betul! Masa aku sekolah dulu, punya la jakun tengok handphone kawan. Teringin tu memang la, tapi malas nak susahkan abah. Bukan keperluan pun masa sekolah ni.
‘ Sedapnya! Sebijik macam Mak Teh la.’ Puji Angah ikhlas. Along ni belajar pandai, memasak pun hebat. Tapi sayang, boyfriend takde.
‘Pandailah mengampu. Siapa call tadi? Bukan main lembut suara.’ Air milo dituang ke dalam mug. Diteguknya perlahan, menikmati rasanya. Yela, dekat setahun aku tak merasa milo. Menyesal tak bawa milo pergi US. Bukan tak boleh minum hot chocolate, tapi lainlah rasanya. Milo lagi uum!
‘Ala, member. Dia ajak tengok Transformer weekend ni. Jom lah lepak sekali Along. Tak bosan ke asyik terperuk ja.’ Aleesa angkat muka. Dipandang Angah lama. Pehal ajak aku teman dia dating ni?
‘Along fikir pe? Bukan boyfriend Angah la. Haikal ada game weekend ni, pergi Melaka. Ni Aiman.’ Dahi Aleesa sudah berkerut seribu.
‘Aih, player betul Angah ni. Haikal takde, Aiman pula?’ Angah gelak.
‘Along ni! Aiman ni kawan baik Angah la, dia tu yang kenalkan Haikal. Bukan kami berdua ja, Su pun ikut sekali. Sorang lagi classmate, Zul maybe nak join juga.’ Kawan baik? Hish, ada ke lelaki perempuan jadi kawan baik? Aku ni dengan lelaki pun berat mulut, nak jadi kawan baik apanya. Tu aku, ni Angah, mestilah tak sama.
‘So, macam mana? Jom la. Along tak rindu nak drive ke?’ Ceh, dah agak ada sebab lain ajak aku ni.
`Angah ni, cakap jela nak minta tolong hantarkan. Boleh ja nak hantar tapi dengan syarat dah siap homework la.’ Pisang goreng disumbat ke mulut. Sedap juga. Wah, puji diri pula. Hehe.
‘Along ni, tahu-tahu aja,memang kakak mithali!’ Angah mencapai mug di depannya. Terus diteguk laju.
‘ Oit, pemalas betul anak dara ni! Nak ambil mug sendiri pun berat punggung ke?’ Angah cuma gelak. Along aku ni kuat membebel. Baik diam ja, jangan balas. Nanti penat nak tadah telinga.