Monday, August 17, 2009

Aku ke kau Along? 10

Aleesya lambat-lambat melangkah. Ikutkan hati rasa nak lari balik je sekarang.
Tapi apakan daya, dia tak punya kuasa macam superman. Kalau tak dah lama terbang ni.
`A....ku..bukanlah superman..’ Secepat kilat lirik lagu kumpulan indonesia yang tengah hangat, Lucky Laki terngiang-ngiang di telinganya. Huh, sempat lagi tu.
Dilihat Angah dan Achik sedang terkial-kial membuka kasut yang bertali-tali itu.
Huh! Pergi rumah auntie Halimah pun nak pakai kasut cantik-cantik. Aleesya mencebik.

`Along! Buat apa lagi tu?’ Semua orang dah masuk ni,’

Kelihatan Encik Ahmad di depan pintu rumah auntie Halimah. Sungguh segak bergaya.

‘Datanglah ni,’
Balas Aleesya malas.
Encik Ahmad telah masuk ke dalam rumah setingkat itu. Aleesya membuntuti abahnya.
Masuk-masuk sahaja, terus nampak Aiman Arif..atau..abang tiri? Huh! Aleesya mencebik dalam hati. Aiman menghulur tangan bersalaman dengan abahnya.
Mata Aleesya sudah meliar, melihat isi rumah. Cantik jugak. Kecil dan comel rumah ni tapi sangat kemas. Aku kena pindah duduk sini ke nanti? Hish, apa pula, mestilah diorang yang pindah rumah abah. Eh, apahal jauh sangat aku fikir ni?? Bukan ke tujuan aku datang nak bincang dengan Aiman?
Kelihatan auntie Halimah keluar dari dapur. Aleesya segera mendapatkan auntie Halimah bersalaman. Senyum. Tak pasti senyum palsu atau ikhlas? Itu tak penting, orang tua tetap kena hormat. Aleesya tak akan lupa pesanan mamanya. Mama. Tak akan ada orang boleh ganti tempat mama!
Aleesya menolong auntie Halimah menghidang makanan. Bukan nak tunjuk baik, tapi dah terbiasa mungkin. Takkan nak dibiarkan auntie Halimah buat seorang diri pula. Aiman pula melayan abah, Angah dan Achik di ruang tamu.

`Aleesya cuti sampai bila?’
Tegur Auntie Halimah.

Aleesya yang tengah menyusun pinggan di meja panggung kepala.

‘Oh..Ada lagi sebulan..’

‘Lama lagi.. Along minggu depan dah mula semester baru.’

Along?? Ouh auntie maksudkan anaknya Aiman Arif.. Biasakan diri Aleesya. Kau Along, dia pun Along. Adey! Membencikan!

‘Aip! Gosip pasal Along ke?’

Aleesya berpaling. Aiman Arif sudah tercegat di pintu masuk dapur.
Aleesya menunduk. Sempat mencebik. Meluat. Tak tahu kenapa rasa meluat padahal Aiman tak ada buat salah pun. Ada! Dia tiru nama panggilan aku! Huh.

‘Perasan betul Along ni, kan Aleesya?’
Gurau auntie Halimah.
Aleesya senyum tawar.

‘Pergi panggil diorang. Dah boleh makan ni,’
*******


Seperti makan malam sebelum ini, Aleesya lebih banyak diam dari bercakap. Angah yang banyak bercakap. Geram juga bila Angah puji masakan auntie Halimah. Eleh, aku pun boleh la setakat nak masak asam pedas ni! Aleesya sudah berkira-kira mahu berbincang perihal abahnya dan auntie Halimah dengan Aiman selepas makan. Inilah peluangnya. Kalau bukan hari ini, bila lagi. Takkanlah aku nak ajak Aiman keluar pula takpun pergi cari dia di UM?? Hish, kerja gila.
Selesai makan, cepat-cepat Aleesya menawar diri meletakkan pinggan mangkuk di dapur. Dia meminta auntie Halimah bersembang-sembang sahaja dengan abah, Angah dan Achik.

`Takpe.. Biar Aleesya dan Aiman yang kemas. Auntie dah penat-penat masak untuk kitorang,’
Pada mulanya, auntie Halimah menolak, nasib baik abahnya menyokong.

`Biarlah budak-budak tu buat.’
Aleesya senyum. Misi berjaya! Yes!

Aiman hanya mengikut sahaja Aleesya. Sangkanya Aleesya mahu berbaik-baik dengannya. Mana tahu, nak privacy ke. Borak-borak dua orang di dapur. Aiman gelak sendiri dengan telahannya. Hish, apa aku ni! Dia kan bakal adik tiri aku. Aiman menggeleng-geleng kepala dengan imaginasi nakal yang entah apa-apa itu.
Aleesya yang perasan kelakuan Aiman yang pelik buat tak peduli. Berhati-hati dia meletakkan pinggan-pinggan kotor ke dalam singki. Kepala paip diputar ke kanan, air mencurah turun.

`Rajinnya!’
Tegur Aiman bila melihat Aleesya membisu.

`Hem..Sebenarnya saya nak cakap something dengan awak Aiman,’

Akhirnya Aleesya membuka mulut setelah menyusun ayat. Tiba-tiba terasa amat janggal berada di dapur dengan Aiman. Tadi bukan main berani. Nak bincang konon. Sekarang dah gaya tikus cuak nampak kucing je. Go go Aleesya, you can do it!

`Apa dia?’
Lembut suara Aiman menusuk cuping telinganya.
Aleesya meneruskan membasuh pinggan. Langsung tak dipandang Aiman di sebelahnya.
Segan sebenarnya. Adey! Aku bukan pernah borak-borak dengan lelaki berdua macam ni. Takpe Aleesya, terpaksa. Anggaplah darurat.

`Hemm..pasal abah and your mom’

Mata tekun memandang buih sabun. Aiman tiba-tiba memalingkan tubuhnya. Kedua belah kaki dilonjak ke atas. Secepat kilat, dia sudah duduk di atas kabinet, sebelah singki.
Aleesya terkejut. Haish, mamat ni la.

`Selesa sikit nak borak,’
Ujar Aiman. Sengih.
Huh, apa-apalah! Desis Aleesya.

‘So, kenapa dengan my mom and your abah?’
Aiman pura-pura tak mengerti.

`Awak macam mana? Setuju ke?’

`Setuju apa?’

Aleesya mencebik. Masih tak memandang Aiman. Saja je buat-buat tak faham. Aku lumur muka tu dengan air sabun ni kang!

‘Awak tak kisah ke your mom dengan abah saya. Awak faham kan maksud saya? Awak tak kisah langsung ke?’
Aiman tersengih nakal. Cakap berbelit-belit. Kenapa tak tanya direct je.

‘Maksud awak ? Diorang kahwin dan kita jadi family?’

Aleesya angguk. Pinggan-pinggan sudah selesai dibasuh. Dicapai pula gelas-gelas yang diletakkan Aiman di sebelahnya tadi.

`Yela. Pasal tu. Awak setuju diorang kahwin ?’
Aleesya masih sabar mengulang soalan yang sama walaupun struktur ayat sudah berubah.

‘Why not ? Itu hak mama saya. Kenapa? Awak tak setuju?’

`Entah. Saya kalau boleh tak mahu ibu tiri!’

Balas Aleesya jujur. Senang. Tak payah nak berselindung. Dia berharap Aiman boleh menentang niat mamanya itu. Sebab dia tahu dia tak dapat nak ubah keputusan abahnya.

`Kenapa? Awak ingat mama saya macam typical ibu tiri ke? Macam dalam cerita bawang merah bawang putih tu?’
Sindir Aiman.
`Ada saya cakap macam tu?’

`Habis tu kenapa? Yang awak nak susah hati sangat kenapa ? Patutnya saya yang risau pasal abah awak. Ingat senang-senang saya nak lepaskan mama saya ke tangan mana-mana lelaki?’

Aleesya rasa terbakar. Ingatkan boleh nak berbincang!

`Awak jangan nak mengata abah saya pula?’

`Ada saya cakap macam tu?’

Sengaja Aiman mengulang kata-kata Aleesya. Entah kenapa dia rasa geram dengan Aleesya malam ini. Dia ingat mama aku tergila-gilakan sangat ke kat abah dia?!

`Yes, you did! Indirectly!’

‘Habis tu? Awak kutuk my mom, boleh pula?’

`Mana da? Saya cuma kata tak nak ibu tiri!’

‘Ha, samalah tu! Indirectly!’

Pintas Aiman laju.
Aleesya tidak dapat menahan sabar lagi. Terus terlepas gelas yang masih licin dengan buih sabun itu. Aiman tersentak. Secepat kilat dia terjun.

`Eh, gelas mana tu?!’
Aleesya kaget. Dia berganjak ke tepi, membiarkan Aiman menelek gelas yang jatuh ke dalam singki itu.

`Ya Allah. Dah retak! Sikit lagi nak pecah!’
Aiman memutar kepala paip dan segera membasuh gelas tersebut.

`Sorry. Tak sengaja.’
Ujar Aleesya perlahan.

`Dahlah. Tak payah nak basuh lagi.’

`Saya betul-betul tak sengaja,’

Aleesya pelik. Penting sangat ke gelas tu??!!
Aiman diam. Gelas yang sudah retak itu disimpan di dalam almari.

`Nak simpan lagi ke? Bahaya tu awak kalau guna. Saya boleh ganti,’

`Awak ingat senang-senang ke nak ganti ha? Tak akan ada gelas yang sama macam yg ini!’

Aleesya kaget bila suara Aiman sudah meninggi. Apahal ni? Bukan aku sengaja nak lepaskan gelas tu!

`Fine! Kalau itu yang awak nak!’

Balas Aleesya geram. Dia ingat dia siapa nak tengking-tengking aku?!
Aleesya sudah menghilang ke ruang tamu. Dia tak betah nak duduk lama-lama di dapur. Dilihat Angah dan Achik ceria bergelak ketawa. Entah apa lah yang lawaknya! Bila ditelek-telek, dah nampak macam family betul dah. Aleesya duduk di sebelah Aneesa.

`Aik, mana Along Man?’
Tanya Angah.
Tak habis-habis dengan Along Man!! Hish!

`Ouh, turn dia pula basuh gelas,’

Balas Aleesya selamba. Tiba-tiba matanya tertancap di almari berkaca berdekatan
dengan tv. Tersusun cantik gelas-gelas comel yang beraneka corak.

‘Eloklah tu, kalau tak kesian Aleesya nak basuh semua. Orang lelaki ni sekali sekala kena juga merasa masuk dapur.’
Sampuk auntie Halimah mesra. Aleesa diam. Perhatiannya kini tertumpu pada gelas-gelas di dalam almari kaca itu. Teringat gelas yang menyebabkan Aiman meninggikan suara kepadanya tadi.

`Auntie. Auntie suka kumpul gelas ye? Comel la!’
Aleesya tersentak. Rupanya Angah pun berfikir hal yang sama.
`Taklah. Itu semua Along yang punya. Pelik sikit dia ni. Masa kecik, minat betul kumpul gelas macam tu. Dah besar ni, dibiar je berhabuk dalam kotak. Auntie letak je la situ. Bukannya orang guna buat minum pun gelas macam tu, buat hiasan je, tapi ada satu gelas, dia buat minum. Fav dia, orang lain tak boleh guna,’
Auntie Halimah gelak. Semangat bercerita perihal satu-satunya anak yang dilahirkannya.

`Kenapa auntie?’
Soal Aleesya laju. Dia dapat agak gelas yang dimaksudkan itu adalah gelas yang sudah retak tadi.

‘Ouh..hemm..emm arwah..'
Auntie Halimah terdiam. Jelas kesedihan tergambar di wajahnya.

Aleesya terpana. Arwah?

`Abah dia. Beli masa fly ke US dulu. Cerita dah lama, masa tu, dia baru 12 tahun.Setiap kali abah dia fly pergi oversea, mesti dia pesan gelas satu. Tapi that one gelas terakhir dari abah dia,'

Aleesya sudah terlopong. Ya Allah, apa aku dah buat?!