Monday, June 7, 2010

Aku ke kau Along 14

Bagaikan baru semalam melihat Auntie Halimah menunduk, menyalami ayahnya. Auntie Halimah? Mama? Kadang kadang dia tersasul memanggil auntie. Berat benar untuk menyebut mama. Tapi Angah dan Achik mudah sahaja.

BUZZ!!

Aleesya menoleh melihat skrin laptop.

Rizal?

BUZZ!!

E-jat: Uih, de rupanya ko. Hehe.
Sya: De je. Asal ko? Baru je aku balik kejap Malaysia. Dah rindu ke..haha..=P
E-jat: Rindu giler kot. Sebab tu aku dah sampai Melaka ni.
Sya: Blah la ko. Hah asal ni cari aku?
E-jat: Lah betul lah..Pernah ke aku tipu ko Sya..
Sya: hah sudah. Tak payah nak gedik dengan aku.Gedik dengan Mira kesayangan ko sudah.
E-jat: Ades. Pehal la nama dia keluar ni. Kitorang dah tak de pape la..Bape kali mau cakap dong.
Sya: Huh. Papelah. So cakap la betul2, ko kat ne ni?
E-jat: Uik concern gak ko eh..hehe.
Sya: Whatever. Bye.

Aleesya terus sign out. Cess. Nak main main dengan aku plak. Siku kang. Ades, tapi betul ke diorang dah putus. Kalau ya kenapa? Asal dengan aku ni?? Takkanlah aku de feeling lagi kat dia. Tapi kenapa putus? Sebab aku ke?? Arghh, papelah..! Baik aku tidur je. Takut malu je dengan mama errr auntie terbabas tidur sampai ke tengah hari.




“Kat sana mesti selalu masak kan,”

“Selalu juga. Sebab susah nak cari kedai halal kan.”

Bawang dihiris nipis-nipis. Tidak pula dia bertanya mama tirinya mahu masak apa. Dia hanya sediakan bahan sahaja. Angah dan Achik masih tidur barangkali. Sengaja dia tidak kejutkan. Biasalah budak sekolah pantang cuti sekolah je, malam mata gatal nak berjaga, bila siang tak reti reti nak bangun awal. Tapi Aleesya tidak, dia sudah terbiasa bangun awal, sediakan sarapan pagi untuk ayah, Achik dan Angah masa sekolah dahulu. Tapi sekarang, sudah ada mama.

“Aleesya nak makan pe? Biar mama masakkan. Tapi mesti Sya lagi terer kan masak. Auntie selalu dengar budak budak gi oversea ni balik balik je dah pandai masak, tahap boleh bukak bisnes tu!”

Aleesya tergelak. Ada ada ajalah mama tiri aku ni. Bawang yang siap dipotong dimasukkannya ke dalam satu bekas.

“Tak ada lah ma..Biasa biasa je,”

“Hah, Along call tadi. Kejap lagi dia datang. Teringin nak makan ikan masak lemak cili api.”

Along? Heh. Nasib badan la pangkat aku dah turun. Kali terakhir dia jumpa Aiman pun seminggu lepas, semasa kenduri. Lega rasanya. Mati mati dia ingat Aiman akan duduk serumah. Yela, mahu sesak nafas, asyik bertudung je la nanti. Tak pasal pasal jadi macam dekat residence hall dulu. Keluar makan bertudung, pergi toilet pun bertudung. Dalam bilik je la boleh bebas sikit. Tapi kesian juga Aiman, takkan duduk sorang je kat rumah. Sekarang kan cuti semester. Niat dia hati mahu bertanya, tapi entah kenapa rasa berat mulut.

“Ouh..Ok je..Sya pun dah lama tak makan.”

Tangannya mencapai halia pula.

Ding!!

Bingit bunyi loceng yang ditekan berulang-ulang. Ceh,sape lak main loceng ni?

“Hah, mesti Along! Panjang betul umur,”

Puan Halimah meluru keluar dari dapur, menuju ke ruang tamu,nampak benar dia rindukan anak teruna sorangnya itu. Aleesya pula kelam kabut naik ke tingkat atas.
Hampir setiap tudung dibeleknya. Ini rasa tak kena, itu rasa tak kena. Eh, baju? Nak tukar ke tak. Selekeh semacam je ni. Alamak, baru tersedar! Tak mandi lagi!! Yela, lepas Subuh tadi dia langsung langsung tak tidur. Nak mandi tadi macam awal sangat. Eh eh asal aku ni?! Aiman je pun. Yang aku kalut nak bersiap cantik cantik ni pe kes??!! Kerja gila!

“ Sya!!” Dari luar, terdengar pintu bilik diketuk. Hah! Macam kenal je suara tu!

“Sya!” Pintu diketuk lagi.

Biar betul? Aiman? Pe hal dia suka suka hati naik atas ni. Belasah kang! Tahulah dah jadi abang tiri. Agak agak la batas.
Tanpa berfikir panjang, dia terus mencapai telekung.

“Hah! Ni asal suka suka hati je redah bilik orang ni?”

Hampir nak gugur jantung Aiman. Bukan sebab kena herdik dengan Aleesya. Tapi terkejut tengok Aleesya yang bertelekung putih. Nasib baik la siang. Kalau malam..Ada yang pengsan kat sini.

“Redah apanya? Mana de masuk bilik pun.”

“Ah, tak kiralah..Ni pandai pandai naik atas ni kenapa? Tak reti duduk elok elok kat bawah tu?”

“ Awak ingat saya tak tahu adab ke? De orang call. Mama lak tengah goreng ikan. Dia tak dapat nak panggil awak. Kalau tak jangan haraplah.”

Aiman terus turun ke bawah. Aleesya sempat mengesan wajah Aiman yang berubah serious.

Alamak! Aleesya!! Tak habis habis buruk sangka pada orang! Adess..camne ni..Dia marah ke??

Aku ke kau Along 13

Aleesya memandang ke luar tingkap. Deretan bangunan yang sebesar semut itu langsung tidak membawa perasaan teruja dalam dirinya. Kalau 4 bulan yang lepas, tersengih lebar Alessya. Hatinya berbunga riang. Mahu saja dia melompat keluar dari pesawat. Tetapi sekarang, dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu menterjemahkan apa yang terbuku di hati. Kosong mungkin. Entah. Akhirnya dia mengeluh sendiri.

“Alasan.” Tegas suara Aiman di corong sana.

“ Bukan alasan. Memang Sya busy pon. Minggu depan dah final.”
Aleesya tetap tak mahu mengalah.

“Kalau macam tu. Man carikan ok.”
Laju Aiman membalas. Degil betul lah budak sorang ni.

“Asal? Nak sponsor ke. Banyak duit Man..Ups lupa, dah nak jadi Along kan nanti..Mesti tak berkira dengan Along satu lagi ni kan..”
Perli Aleesya.

Aiman tergelak. Ada ada aja lah budak sorang ni. Duit minyak motor aku pun aci lepas tak lepas je, ni nak sponsor flight ticket dari US??

“ Setakat jadi Along tu tak de la nak belanja nya, lainlah jadi bini ke..hahaha..” Aleesya mencebik..Cess, kenakan aku balik..

“Boleh ke kahwin sesame tiri.Pelik je.”
Aleesya menggigit bibir bawah. Cess, asal gatal sangat mulut ni haa..!!

“Asal? Dah jatuh hati kat Along ke? Hahaha..”
Aiman sudah mengekek ketawa. Aleesya mencebik geram. Ha tengok tengok, dah agak tu jawapan dia. Yang aku gi layan pun sapa suruh. Padan muka!

“Blah!! Sya just terfikir je..Pelik kot..mak ayah kahwin,pastu anak anak diorang kahwin..Huh. Tak berkembangnya.”

“ Ala, kalau dah jodoh..Pe salahnya..Bukanya ada hubungan darah pun..Lainlah tiri yang seibu or sebapa ke..”

“ Ish..Sya tahulah..!”

Aleesya merengus. Kena la dia explain kan..Macam la dia buta agama sangat.

“ Lorh marah pulak. Tadi dia yang tanya.”

“ Sya kata pelik. Bila masa lak Sya tanya.”
Balas Aleesya tetap tidak mahu beralah.

Pelik. Mereka sudah boleh berbual seperti kawan. Tapi kadang kadang mesti bertekak juga. Aiman kerap menghubunginya. Seminggu kadang kadang tiga kali. Selalunya masa hujung minggu. Dan yang peliknya, boleh pula dia melayan si Aiman tu. Kadang kadang terasa macam abang pun ada.

Tepukan lembut di bahunya membawa Aleesya kembali ke alam nyata. Aleesya menoleh ke kiri. Lelaki berkulit cerah yang menjadi temannya dari New York hingga ke Kuala Lumpur itu menunjuk jarinya ke arah tali pinggang duduk Aleesya.

“ Oh.” Aleesya senyum dan lantas memasang tali pinggang duduknya.

Sudah sampai Malaysia. Entah kenapa hatinya berdegup kencang.