Monday, June 7, 2010

Aku ke kau Along 13

Aleesya memandang ke luar tingkap. Deretan bangunan yang sebesar semut itu langsung tidak membawa perasaan teruja dalam dirinya. Kalau 4 bulan yang lepas, tersengih lebar Alessya. Hatinya berbunga riang. Mahu saja dia melompat keluar dari pesawat. Tetapi sekarang, dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu menterjemahkan apa yang terbuku di hati. Kosong mungkin. Entah. Akhirnya dia mengeluh sendiri.

“Alasan.” Tegas suara Aiman di corong sana.

“ Bukan alasan. Memang Sya busy pon. Minggu depan dah final.”
Aleesya tetap tak mahu mengalah.

“Kalau macam tu. Man carikan ok.”
Laju Aiman membalas. Degil betul lah budak sorang ni.

“Asal? Nak sponsor ke. Banyak duit Man..Ups lupa, dah nak jadi Along kan nanti..Mesti tak berkira dengan Along satu lagi ni kan..”
Perli Aleesya.

Aiman tergelak. Ada ada aja lah budak sorang ni. Duit minyak motor aku pun aci lepas tak lepas je, ni nak sponsor flight ticket dari US??

“ Setakat jadi Along tu tak de la nak belanja nya, lainlah jadi bini ke..hahaha..” Aleesya mencebik..Cess, kenakan aku balik..

“Boleh ke kahwin sesame tiri.Pelik je.”
Aleesya menggigit bibir bawah. Cess, asal gatal sangat mulut ni haa..!!

“Asal? Dah jatuh hati kat Along ke? Hahaha..”
Aiman sudah mengekek ketawa. Aleesya mencebik geram. Ha tengok tengok, dah agak tu jawapan dia. Yang aku gi layan pun sapa suruh. Padan muka!

“Blah!! Sya just terfikir je..Pelik kot..mak ayah kahwin,pastu anak anak diorang kahwin..Huh. Tak berkembangnya.”

“ Ala, kalau dah jodoh..Pe salahnya..Bukanya ada hubungan darah pun..Lainlah tiri yang seibu or sebapa ke..”

“ Ish..Sya tahulah..!”

Aleesya merengus. Kena la dia explain kan..Macam la dia buta agama sangat.

“ Lorh marah pulak. Tadi dia yang tanya.”

“ Sya kata pelik. Bila masa lak Sya tanya.”
Balas Aleesya tetap tidak mahu beralah.

Pelik. Mereka sudah boleh berbual seperti kawan. Tapi kadang kadang mesti bertekak juga. Aiman kerap menghubunginya. Seminggu kadang kadang tiga kali. Selalunya masa hujung minggu. Dan yang peliknya, boleh pula dia melayan si Aiman tu. Kadang kadang terasa macam abang pun ada.

Tepukan lembut di bahunya membawa Aleesya kembali ke alam nyata. Aleesya menoleh ke kiri. Lelaki berkulit cerah yang menjadi temannya dari New York hingga ke Kuala Lumpur itu menunjuk jarinya ke arah tali pinggang duduk Aleesya.

“ Oh.” Aleesya senyum dan lantas memasang tali pinggang duduknya.

Sudah sampai Malaysia. Entah kenapa hatinya berdegup kencang.

No comments:

Post a Comment