Monday, March 8, 2010

Aku ke kau Along 12

“Hi. Erm..Can I have one ice capp surpreme and..”
Alamak lupa lak Jat pesan pe.

“What size?”

“Medium. Make it two.”
Hentam jela. Malas nak call tanya.

Lelaki bertopi itu pantas membuat ice capp atau ice cappuccino. Dia lah pelayan, dia lah juga pembancuh. Tak cukup pekerja barangkali. Di belakangnya, tidak ramai yang beratur. Selalunya Tim Hortons dibanjiri ramai orang masa pagi pagi. Banyak mahu mencari coffee di pagi hari. Bagel antara sarapan pagi yang paling popular. Dulu dia tak tahu apa itu bagel. Seniornya yang mengajarnya. Bentuknya bulat seperti donut tapi rasanya bukan seperti donut. Aleesya paling suka makan plain bagel with butter. Masuk semester kedua dah muak.

“Have a nice day”

Ice cap sudah bertukar tangan. Senyuman kecil terukir.
Aleesya menghayun langkah ke Lockwood. Salah satu perpustakaan di State University of New York. Menjelang musim peperiksaan, dia suka menghabiskan masa di Lockwood. Sejak datang US, dia suka perpustakaan. Bukan untuk membaca. Tapi menghabiskan masa depan komputer sementara menunggu kelas seterusnya. Tapi hari ini, dia mahu belajar Organic Chemistry dengan Jat dan Farah.

Dari jauh, ternampak Rizal sedang melambai lambai.

“Syasya!” Rizal tersengih lebar. Aleesya hanya mencebik. Kerusi ditarik.

“Mende ko Syasya syasya..Takdenyer aku nak belanja. Nanti belanja aku balik”

“Ceh. Tau tau je ko ni. Ni asal ice cap lak?”

Giliran Aleesya pula tersengih.

“Sorry la aku lupa ko pesan pe. Minum sudah. Tak yah banyak songeh. Farah mana?”

“Entah. Dia cakap lewat sikit sampai.”

“Ouh.”

Dia membuang pandang. Kelihatan beberapa orang pelajar seperti mereka sedang berbual bual. Ada yang sudah terlentok di atas meja dengan timbunan buku di sebelah. Ada yang khusyuk mengadap nota nota sambil tangan ligat menulis. Suasana biasa bila musim peperiksaan. Aleesya mengeluh. Risau pula memikirkan exam ditambah dengan serabut memikirkan perkahwinan ayahnya nanti. Walaupun dia tak faham kenapa perlu serabut. Bukan aku yang nak kahwin. Haih.

“Asal ko? Teringat tunang ke?” Usik Rizal. Aleesya tertawa kecil.

“ Tunang? Banyak la ko punya tunang. Ko tu la. Mira pe khabar? Sihat?”

“Entah. Sihat kot.” Dilihat muka Rizal sedikit berubah. Pehal lak mamat ni.

“Aku teringat family aku la..Tunang menda nye.” Sengaja Aleesya mengubah topic.

Malas nak dengar kisah cinta Rizal. Lantak ko la..Gaduh kot. Besalah orang bercinta.

Aku yang tak bercinta ni pun keja serabut je.

“Huu..anak manja. Call la.”

“ Sana kul 9 malam kan.”

Rizal mengerling jam di tangan. Jarum jam sudah menginjak ke nombor lapan. Lapan pagi. Beza 13jam. Sepatutnya 12jam. Tetapi disebabkan daylight saving di New York, bertambah sejam. Bila tiba musim salji, siang menjadi pendek, malam panjang. Jadi masa ini, jam diputar sejam ke belakang, bermakna jimat sejam. Masa mula mula sangat keliru. Pernah dia tersilap masa ke kelas dahulu. Terlupa masa menjadi sejam lambat.

“Yupe”

Telefon bimbit dicapai. Punat hijau ditekan.
Rizal membuka buku tebal organic chemistry. Mengeluh sebentar melihat pebagai tindak balas kimia yang perlu dihadam.

“Hello.” Kedengaran suara milik kaum adam di corong sana.

Aleesya terpana seketika. Tak mungkin abah. Dia cam benar suara abah.

“Hello!” Ulang lelaki itu.

“Erm. Ni sape?”

“Orang la. Nak cakap dengan sape?”

Erk. Aku tau la orang. Loyar buruk lak mamat ni.

“Ni sape ni??”

Ulang Aleesya lagi. Tak mungkin aku silap nombor.

“Ouh..Eh..Ni Alessya ke?”

“A’ah. Sape ni?!” Darah sudah menyerbu ke muka. Sabar Aleesya. Asal la aku cepat sangat marah ni.

“Ni Along.”

Hellooooo..Sejak bila aku ada abang hah..! Ups abang tiri?!!
Aleesya bergegas bangun bila dilihat Rizal sudah memandangnya semacam.

“Aiman? Asal awak ada kat rumah saya? Mana orang lain?” Teringat kejadian 4 bulan yang lalu. Itulah kali terakhir dia bercakap dengan Aiman.

“Ouh. Saya teman Aneesa..”

“Hah? Awak dengan Angah je kat rumah??”
Laju Aleesya membidas.

“Tak..Man pun de sekali ni. Erm.. awak tahu tak pasal Achik?”

“Kenapa Achik?”
Dadanya berdebar debar secara tiba tiba mendengarkan nada Aiman yang lain macam. Serius.

“Erm..Achik kena tahan wad. Aneesa nak ambil baju dia. Stay kat hospital.” Tenang Aiman memberi penjelasan.

“Ya Allah. Asal abah tak cakap pun.”

Suara Aleesya sudah bergetar.

“Tak sempat kot. Maybe tak nak awak risau. InsyaAllah tak ada apa apa. Awak jangan risau ok.”

Aleesya diam. Cuba mencari kekuatan untuk bersuara. Rasa nak terbang balik rumah je sekarang ni. Achik.

“Aleesya? Awak jangan risau ok. Doa banyak banyak. InsyaAllah.”

“Harapnya macam tu la. Achik sakit apa?”

“Denggi. Hari tu dia ada pergi kem pe ntah. Balik balik demam. Ingatkan demam biasa je. Kawan kawan dia pun ada yang kena.”

“Ya Allah..” Wajah Achik serta merta menerpa. Achik yang sihat. Achik yang sedang tersenyum. Ya Allah, selamatkanlah Achik.

“Herm. Angah nak cakap.”
Telefon sudah bertukar tangan.

“Along!!”

“Angah..kenapa tak cakap kat Along. Abah pun.”

“Sorry Along. Baru siang tadi kena tahan. Abah tak ada ni. Out station. Nasib ada Along Man. Dia la yang tolong hantarkan tadi.”

“Ouh yeke. Erm baguslah camtu. Jaga Achik baik baik. Thanks Angah. Patutnya Along yang jaga Achik.”

“Laa..apa pula. Along kan jauh. Angah pun boleh la jaga Achik. Along jangan risau ok. Auntie pun da. Sian auntie. Tinggalkan butik dia semata mata nak jaga Achik.”

Aleesya terdiam. Terasa diri sangat teruk. Sepatutnya dia berada di sana. Bukannya Auntie atau Aiman. Namun dia bersyukur ada auntie dan Aiman. Sekurang kurangnya ada yang menjaga. Mungkin ini hikmahnya. Teringat sikapnya yang hebat menentang keputusan abah.

“Erm..baguslah camtu. Tapi kalau boleh jangan susahkan sangat auntie ok. Nanti call Along tau. Jangan tunggu Along je call. Erm.. panggil Aiman jap."

“Aleesya.”

“Aiman. Erm..thanks a lot for your help. Kirim salam kat your mom. Tak tau la apa jadi kalau korang tak ada. Susahkan korang je.”

“Aleesya. Kita bukannya orang lain. Dah tak lama nak jadi keluarga kan. No worries ok. Everything will be fine. InsyaAllah.”

“Emm..”
Aleesya kehilangan kata. Terharu dengan keikhlasan Aiman dan auntie Halimah.

“By the way. Boleh tak kasi your phone number? Just in case ada apa apa. Senang nak contact. Takut Angah terlupa ke duk jaga Achik. “

“A’ah.. Betul juga tu. Erm..7168609780.”

“Ok. Kena pergi sekarang.”

“Ok. Kirim salam auntie. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

Punat merah ditekan. Mengeluh. Dari jauh dilihat Farah dan Rizal sedang berborak.
Aleesya. Be strong. Ditahan air mata agar tidak tumpah.