Monday, August 30, 2010

Aku ke kau Along 18

Aiman pandang Aleesya dari ekor mata bila Aleesya masuk ke dapur. Lambat lambat dia meneguk teh panas. Angah layan spongebox di ruang tamu. Achik buat homework di biliknya. Dapur sunyi sepi. Sesekali terdengar suara Angah terkekeh kekeh ketawa melihat aksi Patrick yang lucu.

“Ahem..” Aiman berdehem perlahan. Tapi cukup untuk Aleesya yang tak pekak terdengar. Aleesya buat tak endah. Buat buat sibuk basuh cawan dalam sinki. Padahal ada 2 biji cawan je pun.
Cakap je la..Tak payah nak berdehem dehem..Bukan dia nak panggil aku ke tadi? Ke aku silap dengar. Ke Angah buat lawak antarabangsa.

“Aleesya..”
Akhirnya terkeluar juga..Apa ni Aiman? Pehal lidah belit semacam je hah? Takut nak dengar benda yang kau tak nak dengar? Tapi aku kena tanya juga..Sebab? Entah..Sebab dia adik aku kan..So sebagai abang, aku kena ambil tahu.Betul tak? Ala Aiman, bajet abang mithali pula..Tak payah cari alasan konon konon care sebab dia anak abah tiri kau. Hah sudah, Aiman sudah masuk mode berlawan cakap dengan diri sendiri. Sah, kepala weng! Tak boleh nak fikir betul ni.

Aleesya selesai membasuh cawan. Kini mengelap pula. Tak pernah pernah dibuat. Selalu terus letak cawan dalam bekas sebelah sinki, takde nak lap lap ni..Si Aiman ni pun,nak cakap cakap je la..Tak payah nak buat nada rendah macam tu..panggil panggil nama aku..Tahula nama aku sedap..

“Sya ok tak ni?”
Akhirnya terpacul juga soalan yang dah diperam sepanjang perjalanan balik dari rumah E..jat? Kalau tak silap tu la nama mamat tu.

“Ok je..Asal pula tak ok..”
Huh, perlu la tanya kan.Asal?? Nampak muka aku gaya macam orang nak terjun laut ke..Huh, Aleesya tidak semudah itu nak keciwa la..Setakat pasal lelaki pe la sangat..Tapi kenapa menangis tadi Aleesya..Tu sebab lain lah..sebab rasa dihina..Tak de kaitan langsung dengan keciwa, frust or sewaktu dengannya!

“Baguslah..Jangan menangis pula..Tak worth it la..sebab lelaki macam tu..”
Tangan terhenti mengelap. Darah sudah tersirap. Ni pehal nak tegur tegur aku. Suka hati aku la nak menangis ke pa..Yang dia sibuk asal??
“Sya nangis ke pa..Tak de kaitan pun dengan Aiman!”
Perlahan tapi keras.
“Dah agak. Mesti Sya nangis kan..Perlu ke nak sedih sebab lelaki macam tu..pe entah nama..pijat??Ejat??”
Nama nak glamour je..Padahal bunyi dah macam spesies serangga..Pepijat..Ejat..
“Bila masa pula Sya nangis sebab dia?”
Suara sedikit meninggi. Terus berpusing mengadap Aiman.
“Dah tu..Sebab pe lagi kan..Em..Tak payah layan dah la Sya..dak tu..”
Huh?
“Bila masa pula Sya layan layan dia. Kitorang kawan je la!”
“Yeke kawan..Bukan korang..emm dah couple ke”?
Huh..akhirnya persoalan yang telah mengasak ngasak kepala otaknya keluar juga.. Tapi kenapa hati takut nak dengar jawapan YA or YES atau jawapan yang sewaktu dengannya..??
“Mind your own business..!”

Geram! Betul lah sangkaan aku..Aiman memang fikir aku ni perampas..Perempuan tak tahu malu kan..Desperate kan, sampai sanggup ambil hak orang..! Biar lah dia nak fikir apa dia nak fikir! Ada aku kisah?! Tidak sama sekali. Hatta sekecil kuman!

Mind your own business??..So.. your business is not my business..Ok I got it..Even as a brother pun..Memang Aleesya tak pernah terima aku..Not even as a brother..apatah lagi more than a brother huh?..Nampak sangat la aku je yang melebih lebih campur hal orang..Ambil berat..Padahal orang tu tak pernah kisah pun. Tak pernah nampak pun..Dah la Aiman..Dari dulu..dari sebelum dia jadi adik tiri pun, Aleesya memang dah cakap awal awal, dah tunjuk terang terang, dia tak suka. Tak suka keluarga aku dan dia bersatu..What do you expect hah Aiman??! Bangun la dari mimpi!!

Aku ke kau Along 17

“Angah?”
Angah pandang Alongnya. Lepas tu pandang Along Man pula.Hadui, hal diorang aku pula dibabitkan..hari tu pergi tengok game, benda ni juga yang diorang nak bergaduh..Best sangat ke bawak kereta??
Aiman pandang Angah macam nak tembus. Sama macam Aleesya. Masing masing menunggu jawapan.
“Hmm..kasi la Along..”
Aleesya senyum sampai ke telinga..Muka puas tak ingat..Seronok betul bila Angah berpihak padanya..Well, kakak seibu sebapa mana boleh lawan dengan abang tak seibu sebapa! Haha.
“Tak aci..”
Aiman mencebik.
“Pe lak aci tak aci.Bak sini kunci..”
Tangan sudah disua. Namun Aiman buat tak endah.
“Haa..pe kata tanya Achik pulak?”
Aiman senyum nakal..Confirm lah Achik akan sokong aku..Baru semalam je belanja Achik kfc masa on da way balik dari ambil Achik dari sekolah..Hehe..
“Kalau seri camne pula??..Kira Angah sudah la..”
Achik yang tengah kalut mencari kasutnya panggung kepala..
“Pe achik achik?”
“Cepat achik..nak along Man drive or Along drive..”
Kunci kereta sengaja digawang gawang di depan Aleesya. Wajah Aleesya sudah merah menahan geram..Sekeh gak kang kepala tu!
“Pergi Along, balik Along Man..”
Selamba Achik membalas. Angah pecah ketawa..Slow slow Achik pun senang je decide..Huu..tak faham aku..Masing masing dah masuk 20an..tapi perangai macam budak kecik!
Aleesya senyum kambing..Termalu dengan perangai sendiri..Hish..ni semua Aiman la punya pasal..Entah aura apa entah..pantang jumpa empat mata mesti de je benda tak kena.huh..Tapi salah dia juga berebut nak drive dengan aku kan kan..Pe dia ingat, perempuan bawak macam kura kura ke..Malam la sikit cik Aiman..
“Bijak Achik..Tapi kan Achik..lagi bijak kalau biar Along Man je drive pergi balik..takdelah berlapar dalam kereta, tak sampai sampai”
Aleesya sudah menarik jelingan maut..Angah dah malas nak masuk campur..Bukak pintu kereta, sumbat earphone..dengar lagu favourite.
Achik pula pandang. Muka blurr habis..Masuk dalam kereta. Tak nak ambil pusing juga macam Angah, dah biasa tengok Along dengan Along sorang lagi bertekak. Tak pernah nak aman! Susah juga bila ada 2 along ni..ngaa..
Akhirnya kunci bertukar tangan jua. Aleesya senyum puas. Tiba tiba rasa berdebar pula. Gaya macam tak pernah pergi kenduri!
Pergi rumah Ejat, sebab dia jemput pergi kenduri pastu ambil i20, ucap terima kasih..Hemm tak salah kan..Bukan aku pergi sebab aku suka ke apa ke kat dia..Kan kan..Adoi aku pun tak faham dengan hati sendiri! Huu..tapi kenapa hati aku ni macam lain macam je rasa..Tenanglah wahai hati. Macam la selama ni kau tak pernah jumpa Ejat kan.


******

“Pe entah nama boyfriend Sya tu?
Tanya Aiman. Lagak dah macam CIA agent. Aleesya macam biasa menghadiahkan jelingan maut. Sejak bila pula Ejat jadi boyfriend aku ni..Hoh! Namun muka Aleesya sudah merah padam. Malu? Segan? Entah. Aleesya! Jangan berangan, ejat tu kawan je okay. Dia tu baik dengan kau sebab kau kawan dia..K.A.W.A.N. Keep that in mind!
“Awak Aleesya?”
Aleesya yang sedang memanjangkan leher ke dalam rumah, mencari kelibat Rizal atau Ejat automatic berpaling. Siapa pula ni? Gadis berselendang kuning itu tersenyum.
“Erk..ye saya?”

Gadis itu kini mengangkat keningnya pula sambil mata tak lepas meneliti Aleesya..Atas sampai bawah.
Aleesya sudah berkerut seribu. Huh, pe kes usha usha aku sampai nak juling mata tu. Kalau Aiman buat macam tu, logic la juga, lelaki! Kerek semacam je minah ni..Silap orang ke pa..Tapi camne dia tau nama aku pula??

“Oh..Ni la Aleesya..”
Bibir gadis itu sudah mencebir. Sambil mata masih tak lepas dari pandang Aleesya.
Aleesya dah terkebil kebil. Tak tau nak buat reaksi apa. Aiman di sebelah pula pandang Aleesya bertanya bisu ‘siapa?’. Aleesya hanya angkat bahu.
“Not bad..Tapi tak de lah cantik sangat..”
Perlahan, namun masih mampu didengar Aleesya. Ni pehal nak judge judge aku cantik ke tak ni..Ingat ini America Next Top Model ke..Memang la aku belajar kat Amerika..Tapi bila masa pula aku masuk model contest ni..Hoohh..
“Maaf ye..Kalau tak de pape..saya nak masuk dalam ni..Nak jumpa tuan rumah..”
Lantak engkaulah perempuan..i20 aku beribu kali lebih penting dari layan kau..
“Nak jumpa my ex ke..Kesian Ejat.. I tau dia saja jemput you sebab nak balas dendam kat I je..Tak sangka nampak je muka alim, tapi tak malu ambil boyfriend orang..Mesti awak minat dia dari INTEC kan..Kesian..”

Kaki automatic tak jadi melangkah. Darah tersirap. Lidah kelu. Sumpah! Dia sudah rasa menggeletar semacam. Kaki dah macam tak jejak tanah. Tak tau nak pandang mana.
“Betul kan..Kalau tak betul..Asal you diam je..Awak ingat senang senang ke Ejat nak suka kat awak..Hey, cermin sikit la muka tu..He was just playing with you la..”
Sabar Aleesya sabar.Sabar sabar sabar. Sabar sebahagian dari iman..Kau tak salah..Kau tak salah..Ejat yang jemput. Ejat nak kasi i20..Dah rasa tak boleh nak fikir apa apa. Yang dia tau, dia rasa menyesal sangat sangat datang sini! Ya Allah, tenangkan aku. Jangan sampai tangan ni melekat kat muka dia yang tak reti berbudi bahasa ni.

“Saudari, I really don’t get what’s going on here.. rasanya cik ni dah salah faham ni..Cik Aleesya ni bakal tunang saya..Just take care of your boy okay..Tak payah nak blame orang lain kalau Ejat tu dah tinggalkan you.”

Aiman mengerling Aleesya yang bagai sudah hilang dalam dunianya. Diam. Tak macam Aleesya yang dia kenal.
Aleesya hanya memandang bawah. Bodohnya aku bodohnya aku!! Aleesya! Mana Aleesya yang berani?? Kenapa lemah sangat ni..Tolong jangan nangis Aleesya! Aleesya menggigit bibir menahan tangis.
“Jom balik. Nanti ada orang berasap pula tengok ex dia jumpa awak..”


Semasa balik, akhirnya Aiman yang drive. Aleesya tanpa kata terus masuk kereta, duduk di belakang.Aiman terpaksa buat cerita pada Angah dan Achik yang Aleesya sakit kepala. Sunyi. Tiada siapa yang bersuara. Angah yang selalu banyak cakap turut diam. Masing masing melayan perasaan sendiri.
Sesampai di rumah, Aleesya terus naik atas. Kunci bilik. Sembam muka atas bantal. Akhirnya tumpah juga air mata yang cuba ditahan.

Bodohnya..Kenapa menangis Aleesya? Tak perlu pun. Patut kau tampar je muka perempuan tu tadi..Tapi..aku tak seberani tu..Ke sebab aku memang patut kena maki pun? Sebab aku dah rampas Ejat? Bila pula aku rampasnya?? Aleesya berperang dengan suara hati sendiri. Betul betul tak tahu apa yang dia rasa. Malu? Tapi kenapa? Marah? Pada Mira? Atau pada Ejat? Sebab rasa dipermainkan?? Entah!!! Yang dia pasti dia rasa malu dengan Aiman..Marah pada Ejat mungkin? Sakit hati?Macam mana kalau Aiman percaya dia memang perempuan spesies tu??Ya Allah kuatkan aku..Tiba tiba teringat mama..Bukan auntie Halimah tapi mama yang telah melahirkannya ke dunia ni..Kalaulah mama masih ada..Mesti mama dah pujuk dia..Mesti mama dah usap rambut dia..Mesti mama..Mama pernah pesan kalau marah cepat cepat ambil wuduk..Nanti mesti rasa tenang..Kalau sedih, mengadu pada Allah..Allah tu Maha Mendengar. Aleesya bingkas bangun. Teringat dia belum solat Asar. Patutlah jadi kusut semacam, ni mesti si Syaitan dah masuk kepala.

Sesudah Aleesya membuka telekung, terdengar suara mama memanggilnya.
“Ye ma..”
Aleesya cepat cepat membuka pintu yang berkunci. Baru tersedar membiarkan auntie Halimah bercakap di luar bilik.
“Maaf ma..Sya lupa Sya kunci pintu..Masuklah..”
Entah kenapa dia ringan mulut. Mungkin rindu pada mamanya membuatkan dia rasa nak menumpang kasih pada ibu..Aiman?..Aleesya mengeluh. Teringat kata kata Aiman..’Dia bakal tunang saya.’ Entah macam mana Aiman boleh jadi superheronya. Terus tak terkata apa perempuan tu..atau Mira?
“Ni kenapa muka monyok je ni..Anak dara tak elok masam masam macam ni tau..Hilang seri..”
Aleesya tersenyum kecil. Mama..kalau mama masih ada, mungkin mama akan berkata perkara yang sama..Mungkin..
“Takde la..Penat je..Eh ma nak pergi mana ni?”
Dilihat Auntie Halimah mengenakan baju kurung siap bertudung.
“Ma nak pergi menziarah ni..Dapat tahu ayah kepada kawan abah meninggal..Sakit tua.”
“Innalillahi wainnalillahi rajiiun..”
“Ok..Ma pergi dulu.Aiman de kat bawah tu..Aiman tidur sini je, sebab ma dan abah pun tak tahu nak balik pukul berapa ni. Jauh juga rumah tu..Mesti jam time time camni”
“Oh..”

Itu yang terkeluar dari bibir..Adeh, segannya nak mengadap muka Aiman bila teringat pasal tadi. Segan..Malu..Entah..Takut memikirkan apa yang difikirkan Aiman pasalnya..’dia bakal tunang saya’. Ah, duduk dalam bilik sudah! Tak payah turun bawah..Senang cerita kan. Buku hlovate yang baru dibeli semalam dicapai. Baik layan novel dari layan perasaan yang aku sendiri pun tak faham. Bercinta pun tidak tak pasal pasal aku dituduh perampas. Memang hampas betul la si Ejat tu pun, ada ke patut suruh aku datang sebab nak buat drama dengan Mira! Rasa nak penggal je kepala Ejat tu! Dia ingat dia handsome sangat sampai aku nak berebut rebut dia dengan Mira..Pooorahhh..!!!Aiman lagi..’dia bakal tunang saya..’ Hah sudah! Apa aku ni..Tak habis habis ayat tu je main dalam kepala, macam rakaman je, ulang ulang..Tidak..Aleesya sudah masuk mode weng. Kepala sudah weng ni..Macam mana..Mata je semangat tenung novel, tapi satu apa pun tak masuk.

“Along! Along Man panggil..!”
Laung Angah dari bawah. Along Man? Aiman? Hah..sudah..Baru je kepala otak buat rakaman ulang tayang filem fantasy arahan si Aleesya bertajuk ‘dia bakal tunang saya’..kemudian.. si watak utama suruh turun mengadap pulak! Nak pergi ke tak ni..Pehal lak cari aku ni. Nak tanya pasal Ejat ke..Ke nak ajak tunang?? Huih, pe ni Aleesya! Agak agak fikir sampai luar alam! Sah kepala weng tahap tak beragak ni!!

Aku ke kau Along 16

Aiman tersengih nakal. Ceh, Nampak je macam gaya minah cool tak ingat, alih alih tidur pakai baju bunga bunga??ha ha ha..Kalau dah namanya perempuan tu, perempuan jugaklah Aleesya..ngee..Terbang terus rasa sakit hati kes pergi bilik Aleesya tadi. Huh, bukannya aku terus redah masuk bilik pun! Kalut betul lah minah tu..Dah tu pakai sambar je telekung macam tu..Hadui, Aleesya Aleesya..

“Senyum senyum teringat buah hati ke!!”
Sergah Angah dari belakang. Sikit lagi nak mati terpengsan Aiman. Terkejut sangat! Nasib aku tak de lemah jantung. Bertuah punya budak..Adik adik tiri aku ni mang tak habis habis nak wat aku terkejut..Duduk lama lama sini, silap silap boleh dapat sakit lemah jantung!

“Buah hati Along dah de depan mata ni..Amboi lawa Angah..Nak jumpa boyfriend ekk..”
Angah tersipu sipu dipuji.
“Bukan jumpa dia sorang lah..Dengan Ateh, Man sekali..”
“Oh..Man pergi gak ke..Bukan Man lawan futsal ke petang ni?”
Teringat Man baru je cakap dengannya semalam. Ajak dia tengok game tu..Peringkat mende ntah,zon ke..Dia pun tak ingat sangat..
“Hah..ye la tu..Jom la Along Man!”
“Hmm..”
Bukan tak nak pergi, tapi malas la pula asyik lepak dengan bebudak kecik ni. Dah gaya abang escort adik adik pergi rumah sukan je gaya..Confirm kat court tu penuh budak sekolah je..
“Ala..jom la..Along pun pergi tau!”
Sengaja Angah menggunakan nama Alongnya..Ala, pandai pandai la aku pujuk Along lepas ni..Kalau dia tak nak, aku seret juga.Hehe..
“Aleesya??”
“Yela..Sape la lagi..Jom arr..”
Hah..tengok tengok..Muka dah berbunga semacam je dengar nama Along..Bajet je Along Man ni ingat aku tak tau..Hehe..Aneesa tersenyum senyum kambing.
“Tengoklah camne..”
Padahal dalam hati… entah… asal rasa nak pergi pula?? Huh apakah ini Aiman..Ni mesti Aleesya ada pakai minyak pengasih ni! Buat aku jadi tak betul! Huh..Hampes punya adik tiri..Woih..Gila pe, suka kat adik sendiri??! Entah suara mana segera menyergahnya..Adik..tapi tak seibu dan sebapa..Balas lagi suatu suara lain..Aiman senyum. Senyum yang hanya dia sendiri pun tak faham apa maksudnya. Atau saja buat buat tak faham hati sendiri?

*****


“Ala jom la Along..Along Man pun pergi..Achik pun..Semua pergi..Watpe terperuk je dalam rumah..”
“Ala..malas la..Along bukannya kenal sangat sepupu Aiman tu..Pe nama..Man..”
Huh..nama nak sama je, tau la sepupu..Secara automatik, terus terbayang depan mata kes silap orang dulu..di pizza hut....Man dengan Aiman..Ceh..memalukan betul! Tak pasal pasal fire si Aiman yang dia sangka Man kawan baik si Angah..Haih..dah bapa bulan kes tu tapi masih segar je dalam ingatan ni.
“Dah tak kenal..Ni la masa nak kenal kenal..Ala, jom la..Along dah la jarang balik..”
Sengaja Angah tarik muka sedih..Aleesya yang asyik melipat baju terhenti.
“Tengok tu..Saja je kan nak wat Along rasa bersalah..Lepas ni, Along sambung local je la eh..Tak payah balik sana dah..Happy??”
Huu..sentap la pula Along aku ni..Tak sangka psikology method aku terlebih menjadi..hehe.
“Along ni kan..Kalau abah dengar,mesti dia marah..Selalu cakap macam tu..”
“Amboi sejak bila Angah dah pandai lecture lecture Along ni haa..”
Baju yang siap dilipat dimasukkan ke dalam almari.
“Hey..Angah dah besar la..Ingat budak budak lagi ke..”
“Yela yela cik adik sayang oii..”
“Dah tu??..siap la..sepuluh minit!”

Bertuah punya budak! Nasib aku bukan jenis ala ala perempuan bajet ayu yang kena siap sampai sejam! Yela, pilih baju satu hal. Mekap lagi..
Ades..nak pakai baju apa ni..Tengok game..Takkan baju kurung kot..Dahla balik sini aku memang bawak balik sikit je baju..Baju baju lain semua dah diangkut ke US..Tinggal baju kurung je dalam almari sebab kat US memang dia sangat sangat jarang la pakai baju kurung..Raya je la dia pakai pun..Yela, winter kot..Agak agak ah nak baju kurung..Kejar bas lagi..Memang selalu pergi kelas, seluar jean dengan t shirt lengan panjang je la..pastu pakai jaket pula kat atas, hoodies ke..
******


Atas bawah meliar mata Aiman..Mak aih..tengok game pun pakai baju kurung? Ni baru balik US ke balik Mesir ni..huu..
Aleesya buat muka selamba dan cool macam biasa..Habis bajet cool la tu. Padahal darah dah tersirap semacam je..Yela, pandang aku macam pandang hape je..Ingat aku ni apa??..Model patung baju kurung kat kedai mama ke.. yang dia suka suki telek tu..debik gak kang!!
“Cun kan Along! Hehe..”
Aiman tersentak..Ceh..Macam tau tau je apa aku fikir..
Aleesya buat pekak dengan usikan Angah..Selamba keluar mencari kasut..Aiman pula buat buat tak faham sindiran Angah..Akhirnya Angah ketawa sorang sorang..
“Sewel pe gelak sorang sorang?”
Tegur Achik yang baru turun ke bawah..
“Adelah..Budak budak kecik mana faham..”
Achik mencebik..Malas nak layan.

Aku ke kau Along 15

Habis semua beg digeledahnya. Alahai mana pula benda alah ni. Ades, takkan aku lupa nak bawak balik kot. Beg sandangnya digeledah sekali lagi. Mana tahu tadi nervous sangat sampai tak jumpa.

“Along!”
Terdengar suara Angah dari luar bilik. Namun tak diendah. Ada misi yang lebih penting. Ni sebab kes marahkan Aiman ke sampai aku kena cash je tak sampai sejam?? Adoyai..Relax Aleesya..Cari betul betul.
“Ni pehal bersepah ni..Semalam bukan main lagi mengata bilik Angah macam tongkang pecah la..Cari pe tu Along?”
Angah terus terjun atas katil. Ceh hampeh punya adik, bukan nak menolong. Elok pula dia tergedang macam tu.
“Ni dah mandi ke ni..Bangun lewat..”
“Along cari pe..Macam kucing nak beranak je..Kalut semacam..Alah..kata orang,dia tu macam tak mandi je lagi gaya..”
“Cakap pun bukan Angah faham benda pe..Dah dah keluar..Tambah serabut je ni nak cari..”
“Ah..bosan lah Along ni..Serabut je keje..Gi kacau Along Man ah..”
Aleesya tarik muka..Along Man?? Sikit sikit Along Man..
“Hah pergi lah kat Along Man tu..Dah de Along baru kan..Along lama campak tepi je..”
Tangan masih ligat menyelak novel yang dibelinya semasa transit di Los Angeles. Mana tahu kot kot dia ada terselit kat novel tu ke..Haru betul lah!
“Eleh..sentap ah Along ni..Tu pun nak jealous..Haha..”
Aleesya buat tak dengar. Huh, tak de masa nak jealous dengan si mamat tu..Weks!
“Along!”
Achik pula masuk bilik.
“Hah, ni sorang lagi..Matahari atas kepala baru nak celik mata.”
“Mana de..Achik dah bangun lama la..Ada orang call Along..”
Oh! Ni mesti orang yang call tadi!..Tadi pemanggil misteri tu dah letak telefon bila dia turun bawah nak menjawab.
“Orait..”
Kejap lagi la sambung cari dokumen i20 tu..
Tangan terus menyambar tudung.Nasib bajunya memang lengan panjang..Tapi pijama? Lantaklah. Peduli hape aku kalau terserempak dengan Aiman pun..

“Hello..”
“Hello..Syasya ke tu..”
Syasya?? Biar betik ni…Hanya seorang je yang gatal mulut menggelarnya SyaSya..Tapi takkanlah..
“SyaSya! Kau ke tu..Aku ni..”
“Erk..Ejat??”
Takut takut dia bersuara.Silap orang, malu daa..
“Hah..bagus bagus..Ingatkan dah tak ingat suara aku..Hehe..”
Huh, betul lah Ejat! Mimpi pe la cari aku mamat sorang ni. Takkan rindu sampai call rumah lak..Cess, perasan la kau Aleesya! Pakwe orang tuhh..
Mata Aleesya meliar ke ruang tamu..Tak de pun Aiman..Hish..yang aku sibuk cari dia ni asal?? Kan lagi bagus dia takde..Takde dia nampak aku pakai pijama ala ala minah bunga ni..Tak pasal pasal kena gelak je kang..
“Mana ko dapat number ni haa? Tak boleh nak ym je ke..”
“Heh..dah agak tu soalan ko..Bukan nak tanya aku sihat ke tak..Dah la hari tu..kau blah macam tu je..Tak sempat aku nak melepas rindu kat ym..”
Adoi, bencinya aku bila aura kasanova dia keluar..Agak agak ah..Keras keras aku pun..hati perempuan juga maa..Tak perlu kot buat suara gedik camtu..
“Hoi! Kau nak pe ni..Tak payah nak gedik gedik..Nak gedik, cari Mira..”
“Haih..Kau ni tak habis habis dengan Mira..Kan aku kata dah pu..”
“Stop it..Tu hal korang..Aku tak nak tau..So pe kes ni cari aku?”
Aleesya cepat cepat mengusir debaran yang entah dari mana datang..Huh..jangan layan Aleesya!
“Ok ok Syasya..Takde..Aku kat kl ni..”
“Biar betul? “
“Betul la..Kakak aku tunang..Ingat macam tak nak balik..Tunang je pun kan..Bukannya kahwin lagi..Tapi bila fikir balik..aku ingat tak nak balik summer ni..So, better aku balik winter break je kan..Alang alang boleh teman kau balik nanti..”
Erk..Pe kes ni?Ingat aku tak reti balik sendiri ke??
“Thanks but no thanks la..Aku reti balik sendiri..Plus takkan kau ambil sama date ngan aku kot balik..”
“Ok ok..Aku tau kau independent woman..Kira kau temankan aku la.. ok..emm ..8 kan?”
“A’ah..naik MAS..10 malam kot tak silap”
“Selamat..sama la tu..Hehe..”
“Hmm..tu je ke nak cakap sampai kau semangat call rumah ni..”
“Tu satu cerita.Mukadimah je tu..”
Ceh..punya la panjang mukadimah..Lepuk gak kang budak sorang ni.
“Pe lagi?”
“Nak tak nak kau kena jumpa aku..Ambil benda penting ni..”
“Tak faham..Merepek je kau ni keje..”
“Ni aku nak fahamkan la..Kau ni sabar la sikit..”
“Yela yela..”
Mata sempat memandang ke arah dapur. Terdengar gelak ketawa. Aiman dengan mama..Huu..Ok la tu kot..Dah boleh bersuka ria kat dapur tu.
“Kau sedar tak i20 kau tak de?”
“Hah??!! Kau tau tak aku separuh gila cari benda sengal tu!”
“Haha..Hai SyaSya SyaSya..Camne la kau boleh tinggal benda penting macam tu..Nasib la ada aku kan..Hehe..”
Aleesya dah berkerut seribu..Lepas satu satu kejutan si Ejat ni bagi..Nasib aku tak lemah jantung.
“Wani pass kat aku i20 tu.Dia nampak ada atas meja kau..Kau ni la..kot ye pun, tak sabar nak balik..Agak agak ah..Benda penting tu..Tak lepas kau nak masuk US balik nanti..Kesian la aku balik sorang sorang US..Nanti tak de orang dah aku nak kacau..”
Alessya tersengih..Memang salah dia pun.
“Yela yela..Benda nak jadi kan..Syukur sangat,aku ingat de tercicir mana mana ke..Thanks ye..”
“No problem..Untuk kau, sanggup je aku beli tiket on the spot semata mata nak pass i20 kau..hehe..”
Ceh..ayat tu tak reti nak susun elok elok ke..Tak habis habis gaya kasanova..Agaknya ni kut sebab Mira tersangkut..Wuu..cakap orang,bukan aku dulu dulu pun sama ke terr..suka gak kat dia..Ah tu cite lama, dua tahun lepas kot!
“Oii..de lagi tak tu..Kau selalu camni kan..Selalu biar aku membebel sorang sorang..Ym pun suka senyap macam tu je..Macam bercakap dengan tiang lampu!”
Aleesya tergelak. Hadui..Pe la nasib asyik jumpa dengan mamat kuat majuk plus EMO! Tadi Aiman..Ni Ejat lak..Nasib nasib..
“Ada la ni..nak pergi mananya..Siapa suruh kau bercakap ala ala buaya darat..Kau ingat drama spektra ke pa..Ok lah..nanti kita kan balik sama flight..so..”
“No no..Aku nak kau datang minggu depan ambil..”
“Erk..asal lak? Macam la tak jumpa nanti..”
“Takde..Kak aku kan tunang..Datang la rumah..Boleh ambil sekali i20 kau tu..Tak nak aku simpan benda penting orang ni..Kalau hilang camne??”
Erk..Ni kes perat ugut ni..Macam saja je cari alasan pergi rumah dia..
“Ala..tolongla simpan..Elok je sampai Malaysia tu..tak hilang pun kan..Aku mintak tolong kau jaga lagi 2minggu lebih je lagi..”
“Hmm..macam ni la..Tak sudi nak datang rumah aku la tu..Kak aku tu wat tunang besar besaran gak..Dia suruh aku jemput kawan kawan aku tambah tambah kalau yang belajar sama kat US ni..Mak aku pun nak gak kenal kenal kawan kawan anak teruna dia sorang ni..”
Ceh pandailah kau Ejat! Kena la babitkan mak dia pula kan..memandai je..
“Hmm..tengoklah camne..Kalau ayah aku bagi la..Kau tolong la jaga dulu..”
“Ah kau..Bukan jauh mana pun rumah..Ajak la family kau sekali..Adik adik kau tu.Bawak la sekali..”
“InsyaAllah..”
Akhirnya itu yang mampu dia cakap..Kang kecik hati pula kalau berkeras tak nak pergi. Lagipun dia dah bawak balik dokumen yang teramatlah penting..takde i20 tu, susah nak lepas immigration kat US nanti.
“Ok..Kalau jadi, let me know..”
“Ok..Assalamualaikum..”
“Waalaikumusalam”

Huu..Lega..Lepas satu beban..Aleesya Aleesya macam mana la boleh lupa..Benda penting tu..

“Cakap dengan boyfriend sampai lupa nak mandi ke?”

Aleesya tersentak..Ceh..kurang asam garam betul.Ingatkan mulut tu boleh berbudi bahasa sikit lepas kena fire tadi..Aleesya hanya memberikan jelingan maut pada Aiman sebelum bergegas ke atas. Tapi sebenarnya marah bercampur malu jugak tu. Yela, dengan pijama penuh corak bunga bunga confirm la boleh tau kata dia tak mandi lagi! Ades! M.A.L.U okay..Ni Sarah la punya kerja..Dah tau aku allergic dengan benda bunga bunga ni, boleh lak kasi hadiah corak macam ni..Katanya nak bagi aku feminine..Ceh..hampas punya kawan..