Monday, August 30, 2010

Aku ke kau Along 18

Aiman pandang Aleesya dari ekor mata bila Aleesya masuk ke dapur. Lambat lambat dia meneguk teh panas. Angah layan spongebox di ruang tamu. Achik buat homework di biliknya. Dapur sunyi sepi. Sesekali terdengar suara Angah terkekeh kekeh ketawa melihat aksi Patrick yang lucu.

“Ahem..” Aiman berdehem perlahan. Tapi cukup untuk Aleesya yang tak pekak terdengar. Aleesya buat tak endah. Buat buat sibuk basuh cawan dalam sinki. Padahal ada 2 biji cawan je pun.
Cakap je la..Tak payah nak berdehem dehem..Bukan dia nak panggil aku ke tadi? Ke aku silap dengar. Ke Angah buat lawak antarabangsa.

“Aleesya..”
Akhirnya terkeluar juga..Apa ni Aiman? Pehal lidah belit semacam je hah? Takut nak dengar benda yang kau tak nak dengar? Tapi aku kena tanya juga..Sebab? Entah..Sebab dia adik aku kan..So sebagai abang, aku kena ambil tahu.Betul tak? Ala Aiman, bajet abang mithali pula..Tak payah cari alasan konon konon care sebab dia anak abah tiri kau. Hah sudah, Aiman sudah masuk mode berlawan cakap dengan diri sendiri. Sah, kepala weng! Tak boleh nak fikir betul ni.

Aleesya selesai membasuh cawan. Kini mengelap pula. Tak pernah pernah dibuat. Selalu terus letak cawan dalam bekas sebelah sinki, takde nak lap lap ni..Si Aiman ni pun,nak cakap cakap je la..Tak payah nak buat nada rendah macam tu..panggil panggil nama aku..Tahula nama aku sedap..

“Sya ok tak ni?”
Akhirnya terpacul juga soalan yang dah diperam sepanjang perjalanan balik dari rumah E..jat? Kalau tak silap tu la nama mamat tu.

“Ok je..Asal pula tak ok..”
Huh, perlu la tanya kan.Asal?? Nampak muka aku gaya macam orang nak terjun laut ke..Huh, Aleesya tidak semudah itu nak keciwa la..Setakat pasal lelaki pe la sangat..Tapi kenapa menangis tadi Aleesya..Tu sebab lain lah..sebab rasa dihina..Tak de kaitan langsung dengan keciwa, frust or sewaktu dengannya!

“Baguslah..Jangan menangis pula..Tak worth it la..sebab lelaki macam tu..”
Tangan terhenti mengelap. Darah sudah tersirap. Ni pehal nak tegur tegur aku. Suka hati aku la nak menangis ke pa..Yang dia sibuk asal??
“Sya nangis ke pa..Tak de kaitan pun dengan Aiman!”
Perlahan tapi keras.
“Dah agak. Mesti Sya nangis kan..Perlu ke nak sedih sebab lelaki macam tu..pe entah nama..pijat??Ejat??”
Nama nak glamour je..Padahal bunyi dah macam spesies serangga..Pepijat..Ejat..
“Bila masa pula Sya nangis sebab dia?”
Suara sedikit meninggi. Terus berpusing mengadap Aiman.
“Dah tu..Sebab pe lagi kan..Em..Tak payah layan dah la Sya..dak tu..”
Huh?
“Bila masa pula Sya layan layan dia. Kitorang kawan je la!”
“Yeke kawan..Bukan korang..emm dah couple ke”?
Huh..akhirnya persoalan yang telah mengasak ngasak kepala otaknya keluar juga.. Tapi kenapa hati takut nak dengar jawapan YA or YES atau jawapan yang sewaktu dengannya..??
“Mind your own business..!”

Geram! Betul lah sangkaan aku..Aiman memang fikir aku ni perampas..Perempuan tak tahu malu kan..Desperate kan, sampai sanggup ambil hak orang..! Biar lah dia nak fikir apa dia nak fikir! Ada aku kisah?! Tidak sama sekali. Hatta sekecil kuman!

Mind your own business??..So.. your business is not my business..Ok I got it..Even as a brother pun..Memang Aleesya tak pernah terima aku..Not even as a brother..apatah lagi more than a brother huh?..Nampak sangat la aku je yang melebih lebih campur hal orang..Ambil berat..Padahal orang tu tak pernah kisah pun. Tak pernah nampak pun..Dah la Aiman..Dari dulu..dari sebelum dia jadi adik tiri pun, Aleesya memang dah cakap awal awal, dah tunjuk terang terang, dia tak suka. Tak suka keluarga aku dan dia bersatu..What do you expect hah Aiman??! Bangun la dari mimpi!!

No comments:

Post a Comment