Tuesday, May 17, 2011

aku ke kau Along 19

“Wani..Kau dapat tak soalan number lima tu?”
“Yang mana?”
Wani panggung kepala.
“Yang ni..”
“Splitting ni..Dah naik juling aku baca notes si Gong ni..Lecture hari tu, aku tak faham sangat lah..”
“Huih..soalan ni la aku stuck tu..Tak boleh guna formula N+1 kan bila dia split?”
Pen mula menari nari atas gambar rajah gelombang gelombang yang boleh buat kepala senget sebab tak reti nak analisa.
“Tak boleh la aku rasa..Aku de baca gak text..Tapi..ngaaa..Bahasa memang English.. tapi aku rasa macam bahasa Korea! Sumpah dowh tak faham..”

Kepala disengetkan. Sah, kepala aku dah weng tengok gelombang ni. Haih organic..Semester lepas kepala dah senget sebab organic chem 1..Sekarang dah bersambung 2 pula! Bertambah tambah senget kepala yang sudah sedia senget!

“Haha..Tengok kepala kau pun dah tau..Kalau kau yang pakar ni pun weng..Tambahlah aku ni..Aku malas, terus tinggal. Buat revision Microb je..Pasal staphylococcus..Best juga weyh bacteria ni..Tak de aku nak juling tengok gelombang..”
“Banyaklah kau pakar..bajet aku score sangat la orgo 1!”
“Ala..better than me what?”
“Ala..ko fizik mantap pe..”
“Hoih..ni pehal duk melawan puji sesame sendiri lak ni..Habis tu aku lak mantap pe?? Memasak? Nah makan..Aku rasa balik ni nak buka restoran je la..Malas dah nak menatap gelombang la..bakteria la..”

Farhana meletak cekodok pisang di atas meja makan yang akhirnya menjadi meja study mereka bertiga. Ubah angin. Boleh pecah kepala juga kalau asyik terperuk, study dalam bilik. At least dekat dengan dapur..Boleh makan makan minum minum bila kepala dah senget senget ni.Hehe..

“Hish..mestilah kau..Bab bab masak ni..Aku pun kalah..Pe kata kau berhenti belajar, jadi chef kitorang je la ekk..Hehe..”
Usik Aleesya..Wani sudah mengangguk angguk sambil tangan sudah mencapai cekodok pisang.
“Ceh..Bayarlah..Free aku pun tak mau..Ni pe kes ni..Weekend weekend pun study bagai nak rak..Sorang dengan bacteria, sorang wave..huuu..Naik juling mata aku tengok..”
“ Ah kau Fana..Bajet je tak study..Masa kitorang membuta pagi tadi..Bukan kau study cik Staphy ke..”
Kening Farhana sudah berkerut..
“Si Staphy??Siapa?? ”
“Huh..asal lampi sangat kawan kau ni Sya??”

Haha..Aleesya hanya gelak..Akhirnya Farhana pun ikut sama gelak..Walaupun masih tak faham si Staphy merujuk pada microorganism Staphylococcus. Biasalah, Farhana memang lambat pick up sikit kalau orang buat lawak. Rumah riuh macam biasa. Selalunya weekend mereka jarang lekat di rumah..Mesti keluar buat groceries atau sekadar jalan jalan di shopping mall. Dah terikut cara Americans students yang belajar bagai tak cukup kaki tangan semua masa weekdays tapi bila weekend tak sentuh buku cuma siapkan assignment mana mana yang kena hantar.Masa mula mula rasa pelik juga belajar gaya macam tu. Tapi bila cuba buat, ada jugak kesannya..
Cuma weekend ini keluar dari kebiasaaan sebab Isnin ni ada ujian pertama Microbiology, selang sehari ada Organic Chem 2 pula menyusul. Walaupun ujian pertama, tapi sama pentingnya macam ujian akhir..2 Minggu sekali ada je test..Kalau fail test test ni memang putih mata la jawabnya masa final nanti. Sebab final cover tak banyak mana pun..Test test yang sikit sikit ni la nak bantu pun..Tapi 2 minggu sekali..Ngaa..Memang kepala rasa nak pecah jugak la..Tak sempat nak berehat sangat..Tapi dah terbiasa macam ni..Masa semester pertama je rasa terkial kial tak cukup masa..Lepas tu Alhamdulilah rasa boleh bernafas juga la bila dah tau macam mana nak uruskan masa. Aleesya mengeluh perlahan sambil mengunyah cekodok. Sedap.Nasib baik ada housemates yang reti masak macam macam. Kalau Aleesya, malas sikit nak buat cucur cucur ni.Tapi kalau setakat nak masak nasi ayam ke..nasi lemak ke..Kari..masak lemak..asam pedas ke..Tak de hal..cakap je, dia boleh buat. Tapi cucur lemah sikit..Nasib si Fana ni rajin buat. Si Wani pula lagi rajin benda benda yang baking..Memang sedap ah..Kalah kedai belakang rumah dia kat kl tu..Rumah? Hemm sebut pasal rumah teringat Angah dan Achik.. Dah seminggu tak dengar berita. Malam ni lah dia call rumah. Harap harap bukan Aiman yang angkat. Entahlah..Sejak kes ‘mind your own business tu’, terus tak bercakap cakap sampai ke sudah..Hantar dia ke KLIA pun tidak, ma cakap Aiman pergi rumah kawan dia kat Melaka.Huh, yeke..entah entah saja ja cari alasan tak nak hantar aku kan..Terasa sangat ke mamat tu.. Dia tak tau ke aku tak de niat pun cakap macam tu. Adui la..Malas nak fikir! Baik aku fikir Microb dengan Orgo ni..Ujian pertama selalunya paling senang. Better study hard and score Aleesya! Make your dad proud, and jadi contoh buat Angah dan Achik. Fikir pasal perasaan benda benda yang aku pun tak faham ni, sampai bila pun tak habis.

“Hoih berangan! Dengar ke tak ni!”
Wani sudah bertempik nyaring.
“Mak aih..Ingat aku ni sound trouble ke??”
“Ejat cari kau..”
Sampuk Fana. Fana sudah berdiri di muka pintu rumah. Lorh, Nampak sangat mengelamun sampai tak perasan si Farhana dah takde depan dia.
“Pehal?”
Farhana hanya mengangkat bahu.
“Jap.”

Aleesya masuk bilik. Cari tudung. Pe hal la pula mamat ni. Sejak kes hari tu, dia memang dah jarakkan dirinya dengan Rizal sejauh yang boleh. Ejat memang tak tahu menahu kejadian yang berlaku, dah tu siap tak tahu aku memang ada pergi majlis tu..Boleh pula dia bising bising, kata aku tipu dia, tak pergi rumah dia. Malas nak cerita panjang, dia minta maaf je la..Biar la Ejat tak tahu yang dia memang pergi. Malas nak panjangkan cerita. Nanti kang Mira kejar aku sampai bumi Amerika ni macam mana haa..Bukan boleh kira tu..UK dengan US lebih kurang 10 jam je pun flight..Ngaa..Memang tak boleh bayang ah kalau benar benar berlaku..Mana nak cari superhero buat ayat ‘dia bakal tunang saya’ kat Amerika ni??

Rizal setia menanti di hadapan pintu. Memang peraturan rumah mereka tidak akan membenarkan lelaki masuk sewenang wenangnya. Cuma sekali sekala apabila mengadakan makan beramai ramai. Di sana tidak ramai Melayu seperti kebanyakan university di US. Boleh dikira dengan jari. Aleesya lebih senang begitu, baginya makin ramai makin bertambah masalah. Nanti mesti ada yang mahu berpuak puak. Bila sikit ini, hubungan pun lebih rapat. Bukanlah bermaksud mereka tidak bercampur dengan bangsa dan agama lain di situ, banyak sahaja, Korea, Jepun, Arab, India China. Boleh dikatakan serata dunia ada di SUNY buffalo. Kadang kadang tak terasa pun berada di bumi Amerika, iyalah pernah Aleesya menaiki bas yang penuh dengan orang India sahaja. Memang orang India ramai di situ, dengarnya SUNY menjadi pilihan ramai disebabkan yurannya yang murah. Tetapi bukanlah kerana murah semata factor lain seperti kualiti pendidikan terutama dalam bidang perubatan, clinical serta biotechnology turut menarik minat pelajar antarabangsa.

Pintu dikuak. Rizal senyum. Namun senyuman itu seperti dipaksa sahaja lagaknya.
“Hmm apahal sampai tak boleh nak call or ym je?” Aleesya memang kurang senang jika berjumpa begini, tambah tambah depan rumah macam ini. Biarpun di negara orang, prinsipnya tetap dijaga. Kalau jumpa untuk study dia tak kisah, lagipun bukan study berdua di tempat sunyi ke. Ramai orang. Selalu di library atau kadang kadang lepak sahaja depan Tim Horton atau Starbuck. Kedengaran seperti orang kaya sahaja lepak di Starbuck tapi sejak datang sini, barulah dia berkesempatan merasa kopi Starbuck. Tak mahal sangat seperti di Malaysia ,tak terasa mahal kalau tidak ditukar ke mata wang Malaysia dan langsung tidak kelihatan begitu mewah seperti di Malaysia.

“Cite kat lounge?”
“Penting sangat ke?” Dari riak muka Aizat memang nampak serius.
Aizat mengangguk.

No comments:

Post a Comment