Tuesday, May 17, 2011

aku ke kau Along 20

Wah kacau!
“Aku tak sedar bila suka kau. Tapi sebab kitorang break memang tak ada kaitan dengan kau. “

Gila! Tiba tiba je. Tiba tiba je bagi kenyataan yang sangat di luar alam! Ejat memang dah gila. Aku rasa masa dia cakap tu, dia bukan nampak aku tapi Mira! Dah break tu. Dah kena tinggal ke apa apalah. Kenapa nak babitkan aku? Dan kenapa nak cakap benda yang tak patut..Aku suka kau..Ah senangnya!.Kalaulah ayat itu diucap Ejat 2 tahun lepas mungkin saat ini dia dah melompat lompat kegembiraan..Tapi sekarang? Entahlah..Dia pun tak pasti perasaannya. Masih adakah hatinya pada Ejat??

“Syasya..Tau tak aku macam orang gila fikir apa salah aku..Sebulan kau buat silent treatment, kau ingat aku tak susah hati ke..Kenapa kau tak cakap. Nasib baik aku dapat tahu pasal hal ni..Mira tu tak dapat terima kenyataan aku dah boleh lupakan dia.”

Aleesya yang tadi duduk. Bangun pula. Kusut kusut. Tak tahu nak percaya atau tidak cakap Ejat. Kononnya Mira yang minta break dulu then entah macam mana dia sukakan aku pula. Huh! Dasar lelaki! Entah entah nak cari pengganti je. Dah kena tinggal tu, sudahlah. Tak payah nak babitkan aku sampai tak pasal pasal aku kena sembur hari tu. Dan sebab tu juga, tak pasal pasal aku dengan Aiman jadi seteru, Dan berpunca itu juga, aku asyik menunggu panggilan yang tak pernah kunjung tiba! Kesian Aiman, kenapa dia yang jadi mangsa? Dan kesian lagi aku yang jadi mangsa cemburu Mira. Huh, kahwin pun belum, dah macam laki bini, suka suka nak serang aku. Macam la aku hendak sangat Ejat dia tu! Sekarang ni tak tahu macam mana nak berdepan dengan Ejat. Antara percaya dan tidak. Dan sekarang dia dipaksa memberi jawapan pula! Nak cakap tak, rasa macam tipu diri sendiri, sejujurnya masih ada terselit satu perasaan yang tak bernama pada Ejat. Dia dan Ejat memang rapat, dan Aleesya memang sangat gembira dengan persahabatan mereka tapi memang dia tak pernah mengharapkan apa apa, yelah dia kan sudah ada Mira walaupun hakikatnya semasa mereka rapat itu, ejat sudah lama putus dengan Mira mengikut kata Ejat.
Patutlah setiap kali ditanya tentang Mira, Ejat suka mengelak. Tapi nak cakap ya, dia tak yakin dengan Ejat, benarkan dia betul betul ikhlas atau sekadar merasa sunyi setelah kehilangan Mira?? Dan satu lagi Aleesya juga tidak berapa yakin dengan perasaannya. Sukakah dia pada Ejat seperti dua tahun lepas atau suka atas dasar persabahatan mereka selama ini sahaja. Dia benar benar keliru. Nak diceritakan pada Wani atau Farhana segan pula. Tambah tambah melibatkan Ejat! Habis la dia nanti, dah tahu apa jawapan Wani yang memang suka menyakatnya dengan Ejat! Sarah? Selalunya Sarah lah tempatnya nak bercerita perkara luar biasa macam ini, bukan dengan semua orang boleh nak cerita, tambah tambah Sarah lebih faham dia yang memang pelik ni. Yela, kadang kadang dia pun tak pasti dengan diri dia sendiri. Bab bab perasaan ni memang benda luar biasa lah bagi dia. Kalau tak terlibat lagi bagus, senang hidup, tak payah nak sesak sesak kepala fikir. Tapi nak lari ke mana sangat, dah nama pun manusia kan. Nak tak nak sampai suatu saat terpaksa juga berdepan dengan benda benda macam ini..Haih..Serabut serabut. Tapi Sarah kan pergi Pahang minggu ni..Memang tak online la budak tu sibuk dengan projek dia. Wuargh..Mau cerita sama siapa?? Kalau tak boleh meletup kepala ni fikir. Angah? Ah, budak kecik tu apa dia tahu..Ngaa..Emm..Ada seorang yang sudi tadah telinga mendengar celoteh aku tiap tiap minggu..Kadang kadang seminggu sampai 2 kali. Tapi tu dulu..Sekarang..Hampas je la tinggal..Sebulan lebih dah pun..Bukan dia tak tahu, Aiman ada ja kat rumah bila weekend. Angah bukan main lagi cerita, hari ni Along belanja la, hari tu Along ajar Add Math la, hari nu pula Along ajar dia drive kereta la..Tak habis habis Along itu ini. Naik bernanah juga dengar! Langsung tak tanya khabar aku si Along tu! Tapi salah aku juga, aku yang celupar sangat siapa suruh. Hadui. Perlu ke aku tebalkan muka minta maaf? Hmmm..Arghh..

“Oit cik kak! Asal kau? Pandang laptop macam nak tembus dari tadi. Kejap bangun kejap duduk..Macam kucing nak beranak!”

Aleesya pantas menoleh. Dilihat Wani sudah terjengul dalam biliknya.
“Hoih..Stalker!” Gurau Aleesya menyembunyikan resah.

“Stalker mendanya..Kalau dah pintu bukak seluas alam, maunya tak Nampak. Aku kat sini naik juling tengok kau..Nak tengok spongebox pun dah tak concentrate..”
Aleesya gelak. Haih, wani wani..Tak habis habis dengan spongebox! Teringat Angah yang suka benar melayan spongebox petang petang. Entah apa la yang bestnya. Kartun pun boleh layan macam tengok CSI!

“Takde..Aku tengah muhasabah diri.Hehe..”
“Banyak la kau..Ada masalah ke..Kau gaduh dengan Ejat ke? Balik dari jumpa Ejat, lain macam je aku tengok..”
Oh..Ketara sangat ke?Adeh, malunya..Tu la lain kali cover cover sikit la kalau kepala dah weng Aleesya ui..Haih..
“Erk mana de..Eh study lah..lusa exam weyh!” Cepat cepat Aleesya menukar topic.
“Malam ni pula la..Kepala aku dah tak leh ngadap dah bacteria tu..”
“Samalah..Ok lah..Kau layan la spongebox tu..Nak tidur jap..”
“Dah Zohor ke tu?”
“Cuti..”
“Ooo..ok ok..”

Aleesya lantas menutup pintu. Terus mendapatkan katil. Tidur! Itu ubatnya! Moga bangun japgi, lupa hal hal tak sepatutnya difikir.
Baru nak lelap mata, terdengar Avril Lavigne melalak. Siapa pula yang call ni..Kacau betul! Namun dicapai juga telefon di sebelahnya. Terus ditekan punat hijau tanpa melihat pemanggil.

“Hello..”
“Assalamualaikum..”
Aik, macam kenal suara. Takkan kot.. Entah kenapa hatinya berdebar tiba tiba.
“Waalaikumusalam..” Perlahan dia menjawab.
“Erkk..Sya?”
“Hah..yela..dah call kita, terkejut pula?”
Pehal lak mamat ni..Dah dia call aku, buat suara terkejut pula. Mamai ke. Dikerling jam di sebelah, dekat pukul 4petang, sana erkk..4pagi..tapi tambah sejam sebab daylight saving.. jadi sana…5 pagi?? Sah mamai!
“Eh eh..Sya ke ni..Bukan Alia eh..”
Alia? Siapa pula Alia? Dah nak cari Alia, yang pergi dial nombor aku asal?? Ngok ngek tul!
“Aiman Arif. Ni Aleesya Ahmad. Lain kali tengok betul betul before call. Bukan main tekan je. Agak agak mamai tu, pergi Subuh dulu ke, tahajud ke pa..Bukan sibuk call anak dara orang pagi pagi buta ni..”

Hah..Kan dah kena leter! Entah siapa la Alia tu..Huh..Kawan? Awek?? Sejak bila Aiman ada awek?? Eh sejak bila pula aku sure dia tak ada siapa siapa. Dan sejak bila pula aku sibuk nak tahu dia ada awek ke tak.. ??Arghh..Aleesya sudah weng! Confirm kepala dah tak betul ni!

“Tapi sana kan petang..Pe lak pagi pagi buta..Hehe..Sorry..Haih..camne boleh silap orang lak ni..”
Aleesya hanya mencebik. Namun entah kenapa hati rasa berbunga bunga pula. Sekejap rasa marah, sekejap rasa dalam hati ada taman pula! Memang emosi tak stabil! Tapi siapa Alia?? Namun dibiar saja soalan itu berlegar dalam kepalanya.
“Hmm..Yela tu..Ok la..Aiman bukan nak call Sya pun kan..So bye!”
“Ehhh kejap!”
Aleesya terus tak jadi menekan punat merah.
“Hmm..”
“Hmm je? Lama tak dengar khabar. Sihat?”
Aleesya sudah memuncung. Eleh..dia yang merajuk tak call orang, lama tak dengar khabar konon..
“Hmm..Ingatkan dah tak ambil tahu pasal orang sihat ke tak..”
Perli Aleesya. Tapi sebenarnya di hati hanya Tuhan yang tahu. Rasa lega sangat bila Aiman dah tak marah dia lagi. Dah mahu berdamai. Mungkin. Aleesya tersenyum.

“Emm…yela..orang tu kan dah warning..mind your own business..”
Cess..perli aku balik..Hampagas nyeee..!!
“Alaa..sorry la.. Sya tengah marah masa tu..Yang orang tu ambil hati sangat kenapa? Merajuk sampai sebulan tak dengar berita pun..”
“Marah orang lain, kita pula yang kena..Haih..nasib nasib..Yeke sebulan? Asal, Sya tunggu Aiman call ke sebulan ni..hehe..”
Merah padam muka Aleesya. Ades, malunya! Kan dah kantoi!
“Mana de la..Perasan je..Semua orang de kat rumah ke tu?”
Cepat cepat Aleesya menukar topic. Segan pula rasa.
“Man kat Pahang lah..Sarah tak cakap ke?”
“Erkk..tak de pula..Dah lama tak sembang..Dia pun busy je. Sya pun busy jugak lately..Tau dia ke Pahang pun sebab baca status fb dia..”
“Oh..Emmm..Sya ada exam ke?”
“A’ah..Lusa..Adeh..Banyak lagi tak baca..Cuak pula..”
“Dah tu kenapa tak study?”
“Hmm..hilang mood nak study..”
“Asal pula? Ada masalah?”
“Hmm…entah..tak tahu masalah ke tak..”
“Lorh..de pula macam tu..”
“Aaaa…”
“Hah tu de masalah la tu..Mind to share?”
“Tak pe ke?”
Oh Aleesya! Soalan apakah itu??
“Ha?Pe yang takpenya pula.Cite je la.”
“Naa…tak ada apa apalah.Risau nak exam je. Padahal first exam je pun.”
“Hmm..do your best la.K la dulu. Nak subuh dah ni. Assalamualaikum.”

Selepas mengucapkan terima kasih dan menjawab salam, Aleesya sudah terlentang di atas katil kembali. Mata merenung siling. Kosong. Teringat kat rumah, kadang kadang ada cicak di siling. Risau juga kekadang tu, yela maunya dia berak, free je! Tapi sejak datang sini, bukan setakat cicak, semut pun susah mau jumpa ok..Nyamuk lagi la tak ada. Jenuh juga fikir dulu, mana la pergi si semut yang selalu bertandang kat rumah tanpa diundang tu, mungkin sebab cuaca kot. Sini kan 4musim. Entah, sendiri punya kesimpulan. Hah! Apa hal lah tetiba ja masuk topic serangga pula dalam kepala otak ni. Agaknya aura Aiman kot yang mimpi apa entah tetiba silap dail terus aku jadi tak betul ,memikir perihal cicak pula. Ke sebab gembira sangat dengar suara Aiman sampai kepala dah tak betul ni? Hoih merepeknya..!!Pe hal pula nak gembiranya?? Tak ada sebab langsung. Mungkin ada, ada kot..Sebab dia tu Along aku, jadi dia ni macam abang aku, eh bukan macam memang abang pun, abang tiri. Jadi bila si abang tiri dah tak marah si adik tiri yang mulut laser ni, seronok la kan si adik tiri ni. Kan kan? Haaa..betul la tu..Bukan sebab lain ye..Aleesya sudah terangguk angguk dengan kesimpulan yang dicipta sendiri. Betul ke tidak, peduli apa, yang penting masalah hati cepat cepat kena selesai. Kalau tak nanti hati rosak, akal pun bertindak luar waras..Wahaha..Entah falsafah mana la aku pakai ni. Lantaklah hati. Malas aku nak layan kau! Terus Aleesya pejam mata, mencari damai yang sementara.

No comments:

Post a Comment