Monday, December 28, 2009

Aku ke kau Along? 11

Aleesya memejamkan matanya. Matanya perlu juga berehat setelah hampir dua jam menatap bentuk-bentuk heksagon, oktagon malah nonagon.
Dehydration alcohol…hydration…hydroboration…simmon smith…ozonolysis..
Ah..banyak lagi perlu cover..SIkit lagi rasa nak pengsan. Nyanyian lagu Maher Zein, ‘InsyaAllah’ sedikit sebanyak meredakan hatinya yang mula gundah.
Mata dialih sebentar ke luar. Gelap. Malam sudah. Musim salji. Memang cepat malam. Lebih kurang pukul lima,sudah masuk Maghrib. Maghrib pendek. Pukul 6 suku sudah masuk waktu Isyak.
Aleesya mencapai kertas kajang yang diletak di bawah timbunan buku. Sehelai kertas dikoyak. Mata pen mula menari nari di kertas.
Ozonolysis..with Alkene -ketone and aldehyde. Alkyne –acid carboxylic.

“Eh alkene guna ozone dengan air ke methyl disulfide?”

Halina di sebelah buat tak tahu mendengar Aleesya bercakap sendiri. Dah biasa. Dulu masa mula mula jadi teman sebilik, pelik juga. Gila ke pa cakap sorang sorang. Agak psycho. Tapi masa dia belajar je la. Tak ada la sepanjang masa bercakap sorang-sorang. Masuk tahun ini, tahun kedua mereka bersama.

Bunyi BUZZ mengejutkan Alessya. Dia mengerling sekilas. Sarah. Terus hilang kerut di muka diganti dengan sengihan.

Sarah : Babe! =)
Sya : Babe..! Rindu2~~~
Sarah : Hehe…Rindu jugakkkk… watpe tu??
Sya : Study la..Esok test ni..Adeyyy..tensen seyh..
Sarah : Ouh..test pe?
Sya : Organic..kat ne tu?
Sarah : Rumah la..cuti kan..hehe..babe..winter ni camne?? Takkan ko tak balik?

*Tangan yang ligat menaip terhenti. Balik?*

Sarah : Babe??..erm..ko still tak boleh terima ke?

*Entah kenapa hati rasa sakit kembali. Bukan sebab Sarah. Bukan. Entah. Mungkin dia je yang bermasalah kan?*

Sarah : Babe?
Sya : Sory2..Hemm..Entah..Aku bukan tak boleh terima. Tengoklah kalau tiba2 hati aku berubah. InsyaAllah aku balik. Ko jangan risau. Aku ok je..
Sarah : Ouh..ok2..k lah..ko study la..Tapi kalau jadi, mesti gtau aku tau! Gudluck! Do ur best! =)
Sya : Ok2..tenx..=)

Balik? Balik? Ahhh..Aleesya mengeluh. Pen diketuk-ketuk di atas meja.

“Kenapa?’”

Soal Halina bila dilihat Aleesya lain macam. Jarang dia begini. Selalu ceria je memanjang.

“Hah?..Ouh takde pe..Erm tension exam.”

Aleesya senyum paksa. Bukan niat mahu menipu. Bukan mahu sembunyikan. Dia memang begitu. Biarlah hal keluarga dia disimpan kemas. Tak perlu orang tahu. Sarah? Sarah lain. Sebab dia Sarah. Aleesya senyum sendiri.

“Lah.. senyum pulak? Hish..”

Aleesya gelak. Tapi tawar.
Ketukan di pintu mematikan ketawa palsu Aleesya. Pintu dibuka. Kepala Wani terjengul ke dalam bilik. Teman serumah mereka. Wani sebilik dengan Syaz. Wani dan Syaz baru sampai tahun ini. Mereka di bawah tajaan JPA. Tidak seperti Aleesya dan Halina, tajaan MARA.

“Sya.”

Aleesya hanya mengangkat kening bermaksud ‘kenapa’.

“Jat. Cari ko.”

Wani senyum senyum. Aleesya buat tidak endah. Dah biasa dengan senyum nakal Wani setiap kali berkaitan dengan Jat ataupun Rizal.
“Dia nak apa?”

Soal Aleesya malas. Asal tak ym je? Hish.

“Entah. Mana aku tahu. Pergi jela..“
**********

“Asal?”

Aleesya menguatkan sedikit suaranya. Takut takut Rizal di luar rumah tidak dengar.
Pintu rumah tidak dibuka.

“Uik garangnya…”
Terdengar suara Rizal dari luar.

“Menda ko ni? Nak ape?”

Entah kenapa terasa seperti acid disimbah di muka tiba-tiba.
Aku cakap betul betul, main main pula. Dah la tengah tension ni.

“Sorry sorry.. Main main jela..Aku nak kasi balik note ko la.”

Aleesya tersengih. Tersedar dia terlalu emo pula.
Pintu dibuka sedikit. Tangan kirinya dihulur ke luar pintu. Nota Aleesya sudah bertukar tangan.

“Thanks.”

“No problem.”

Aleesya menutup pintu.

“Sya.”

Rendah suara Rizal.

“Goodluck ! Jangan stress stress sangat. “

Aleesya senyum.

“Ok. Gudluck jugak. “

Terdengar pintu depan rumah dibuka dan tidak lama ditutup.

“Gudluck!”

“Hah?”

Aleesya terkejut. Hampir terlepas kertas di tangan. Maunya tak terkejut, nyaring suara Wani menusuk gegendang telinganya. Boleh tercabut cilia aku camni!
Wani tersengih di belakangnya.

“Hish. Ko ni. Mengintip?? Dah tak ada kerja?”

Aleesya pura-pura marah.

“ Mana de mengintip. Aku terdengar la. Hahaha..Sweetnyeee..korang dua ni da pape ke”

Usik Wani lagi. Wani bab bab mengusik orang dia lah juara. Dari Intec lagi perangainya begitu. Dahulu dia pernah sekelas dengan Aleesya semasa semester pertama. Tetapi terpisah setahun. Alessya terbang dahulu ke US. Wani terpaksa belajar di INTEC selama dua tahun disebabkan dia di bawah tajaan JPA. Budak budak JPA menyambung ijazah di US sebagai transfer student manakala MARA sebagai freshman.

“Hish..Dia dah ada awek la..”

Sengaja Aleesya buat suara sedih. Sebenarnya memang sedih. Tapi sedikit sahaja.Haha.Ceh.
Banyak lagi lelaki lain Sya. Dia memujuk hati. Tiga bulan dia rapat dengan Rizal, kawan sekelasnya malas kawan semakmal organic chemistry. Masakan tidak tahu Rizal dah berpunya. Telan air liur pahit je la masa tahu tu. Tapi tak ada la frust pun. Biasa biasa je.

“So?? Bukannya kahwin lagi.”

“Oo..kalau camtu, boleh la aku ngorat Haikal?”

Sengaja Aleesya mengenakan Wani kembali. Haikal teman lelaki Wani. Bercinta dari sekolah lagi. Sejak Tingkatan Tiga. Pelik juga Aleesya. Macam mana la boleh tak bosan? Kalau dia..Jangan harap la nak setia selagi bukan sah jadi suami isteri. Senang cerita, tak payah nak bercinta ni. Takut dia kecewakan orang ataupun orang kecewakan dia. Yela, masa remaja ni, perasaan berubah-rubah. Baik fokus pada impian dia dulu. Ada jodoh ada lah. Tak de cari lain. Hehe. Aleesya sengih sendiri.

“Aaa..mana boleh..hish..aku main main jela..”

Aleesya tergelak melihat muka Wani yang sudah nampak cuak sedikit.

“Hah. Padan muka. Selalu sangat usik aku dengan Jat. Rimas tau tak,”

“Alaaa..ko bukan minat dia ke dulu?”

Wani masih tidak putus asa mengusik Aleesya.

“Tu sekadar minat. Tak bermakna mahu. Tak bermakna suka.”

Dahi Wani sudah berkerut seribu.

“Habis tu? Hish..Cakap berbelit-belit. Dah minat mestilah suka.”

“Entah. Aku pun tak faham..Haha..Dah la..baik aku layan organic dari layan ko ni.”

Wani mencebik. Memang susah nak kacau Aleesya ni. Last last dia yang terkena.

Aleesya menyambung mengadap organic chemistry. Subjek yang benar-benar mengujinya semester kali ini. Namun tidak lama. Fikiran terganggu. Teringat Angah. Achik. Abah. Hemm.Auntie Halimah dan..... Aiman? Ah! Buat apa nak diingat mamat sengal tu. Dah la marahkan aku. Masih segar kes gelas pecah di rumah Auntie Halimah dulu. Sebelum dia balik ke sini, dia ada meminta maaf dengan Aiman dan menggantikan balik gelas yang pecah tu. Tapi Aiman buat bodoh je malah tidak mengikut Auntie Halimah menghantarnya balik ke US. Terpaksa dia kirimkan gelas itu kepada Auntie Halimah. Memang menyakitkan hati. Tapi kenapa dia perlu marah. Sepatutnya dia gembira bila Aiman tidak datang malam itu. Sudah tiga bulan berlalu. Dia dah jarang-jarang bercakap dengan abahnya. Sebetulnya mengelak. Kononnya mahu protes.

Ah..Aleesya. Kenapa kau?? Sebenarnya kau cemburu kan.

Asal pula cemburu?? Aku tak mahu orang ambil tempat mama. Tu je.

Tipu. Sebenarnya kau cemburu melihat mereka bahagia je tanpa kau. Angah pun dah ada Along baru sekarang. Setiap kali telefon kau, mesti akan bercerita pasal Along baru dia. Kau cemburu kan?

Tak! Tak! Arghh..

Aleesya tewas berperang dengan perasaannya sendiri.

Ya Allah! Tak Isyak lagi. Patutlah senang je Syaitan ni hasut hasut aku. Nak focus organic pun tak boleh.
Aleesya beristifar. Buku organic ditutup.
Abah selalu pesan jangan melewat lewatkan solat. Aleesya bingkas bangun. Mengambil wuduk.
Malam itu doanya panjang. Doa untuk semua orang yang dia sayang. Tiba-tiba rasa rindu membuak-buak.
Aku perlu balik di hari bahagia abah. Aleesya nekad.