Sunday, July 12, 2009

Aku ke kau Along? 3

Aleesya sudah terpusing-pusing kepala mencari budak nama Aiman. Dia tahu ke aku kat sini. Angah ni pun memandai tinggalkan aku kat sini. Nasib baiklah Aiman tu budak-budak je pun, kalau tak, tak ingin aku menunggu sesorang macam gaya tunggu boyfriend ja pon. Ish, dah la tak ada experience dating. Aiyo, Aleesya, Aleesya. Relax la, budak tak cukup umur je pon. Ni la peluang aku nak kenal kawan-kawan Angah. Boleh la aku tegur sikit Angah tu, mau nampak muka Aiman tu macam kutu rayau. Takpun mat rempit ke, ish, mau dia ajak Angah pergi merempit sama, mau aku kejar dia balik dengan myvi! Pastu, terus sumbat masuk jail. Ha, padan muka! Aleesya tergelak sendiri dengan imaginasinya yang agak ekstrim itu.
‘Ehem!’ Secepat kilat Aleesya berpaling.
Aiman menahan senyum.Terlebih terkejut la tu. Tu la, gelak lagi sorang-sorang macam orang sawan! Gila ke pa, gelak sorang-sorang makcik ni.
Aleesya hanya mengangkat kening, maksudnya ‘Apahal? Takpun ‘Ya,kenapa?’. Yela, dah termalu tadi, terus rasa anak tekak hilang, tak boleh nak bercakap. Lidah pula rasa macam kena belit. Lelaki itu terus duduk tanpa dipelawa. Mak aih, silap girlfriend ke apa mamat ni?? Aik, cup! Aiman?
‘Aiman?’ Akhirnya terkeluar juga suara. Aiman angguk.
‘Aneesa mana? Tadi baru nampak dia?’ Wajah Aleesya ditenung. Lain betul dengan Aneesa, takkan ni Along yang Man cerita tu? Lawa semacam ja.
‘Dia pergi beli tiket.’ Aleesya sudah tak senang duduk. Bukan tak biasa dia bercakap dengan lelaki. Tapi berduaan macam ni. Aku bayang Aiman tu macam bebudak hingusan ja. Ni dah macam bapak Aiman ja, eh terover pula, macam abang Aiman. Aiman ada abang ke?? Ah, peduli apa aku dia ada abang ke tak! Stop it Aleesya, mulalah tu nak merepek! He’s only sixteen! Relax! Agaknya Aiman ni terlebih hormon sampai muka budak enam belas pun dah jadi macam dua puluh!
‘Kakak Aneesa?’
‘Yupe. Satu kelas ke?’ Berkerut kening Aiman. Satu kelas??
‘Satu kelas dengan Aneesa ke?’ Haish, lampi betul la dia ni.
Aiman sudah tergelak. Aleesya buat muka pelik.
‘Hello! Muka saya muda sangat ke sampai awak ingat saya ni sixteen?’ Dahi Aleesya sudah berkerut seribu. Aneesa kawan baik dengan budak tua macam ni? Entah entah tak habis sekolah ni. Memang nak kena sound ni.
‘Dah tu? Belajar lagi tak ni?’ Bukan niat nak menghina. Tapi bila masuk bab adik-adiknya, tak kiralah Aneesa ke Amirah ke. Dia mesti tegas. Ini tanggungjawab aku sebagai kakak merangkap mama. Ni janji aku pada mama.
‘Eh mestilah. Ingat saya ni mat rempit ke? Mat rempit pun belajar tau!’ Perli Aiman. Suka suki ja soal aku, gaya macam makcik-makcik yang tak puas hati dengan bakal menantu!
Alessya tersengih. Mat rempit?? Boleh baca fikiran aku ke mamat ni??
‘Ooh.. Dah lama kenal Aneesa?’ Daaa… sah memang makcik la dia ni!
Pelayan lelaki yang datang membawa menu menyelamatkan Aiman dari terus diasak soalan pelik.
‘Kejap ye. Ada lagi dua tiga orang.’ Ujar Aleesya laju. Tak sempat si pelayan membuka mulut.Dia hanya angguk. Angguk tanda faham kot.
‘Eh bang! Kejap!’ Cepat-cepat Aiman memanggil bila dilihat si pelayan mahu angkat kaki. Aleesya buat muka tak puas hati. Apahal pula ni? Dipandang sekilas wajah Aiman.
‘Nak tengok-tengok menu dulu,’ Pelayan itu senyum lantas meletakkan menu di hadapan Aiman dan Aleesya. Aleesya mencebik. Langsung tak disentuh menu itu. Nak lari dari soal siasat la tu. Sorry ye, ni Aleesya la.
‘Kita order dulu nak? Bebudak tu telan ja pa menda pun,’ Aiman buat muka kering. Sibuk mata membelek gambar pizza. Dibiarkan soalan Aleesya tadi tak berjawab.
‘Aiman, awak ke yang kenalkan Haikal dengan Aneesa?’ Akhirnya terkeluar juga soalan yang ditahan sedari tadi. Ingat nak berbasa basi mula-mula, tapi mamat ni macam main-main aci kejar pula. Baik aku straight to the point je.
Aiman angkat kepala. Muka sudah bertukar macam tempe nak basi. Haikal? Siapakah?? Penin aku dengan makcik sorang ni. Dah la aku tengah lapar ni! Kang dengan-dengan kau aku makan!
Aleesya mengangkat kening, menunggu jawapan Aiman. Buat-buat muka pelik pula dia ni. Mengaku jela.
‘Who’s Haikal?’ Hah, kan dah keluar ompoteh. Bagi makcik ni faham sikit. Cakap Melayu macam cakap dengan ayam itik.
Aleesya menjegilkan mata. Mamat ni, nak mainkan aku ke. Nasib la bukan sixteen, kalau tak..hishh.. Aleesya menghalau imaginasi pelik yang secepat kilat datang.
‘Cik Aiman! Tak payah la nak buat muka macam tu. My sis bagitahu yang awak, Aiman kenalkan Haikal, boyfriend kesayangannya tu dengan dia.’ Ha, punyalah cantik ayat aku susun, kalau nak buat muka macam tempe basi lagi, alamat pecah kena hempuk dengan handbag baru aku ni.
Aiman mengerutkan dahi, berfikir. Aiman? Aiman sudah tepuk dahi. Ya Rabbi, patutlah cakap macam ayam dengan itik. Dia ingat aku ni Man? Yang aku pun satu, terlupa nak kenalkan diri, aku ni Aiman Arif, not Aiman, member Aneesa.
Giliran Aleesya pula berkerut seribu. Fikir kenapa Aiman macam orang sawan. Mula-mula muka macam tempe basi, lepas tu, tepuk dahi, lepas tu... ha! tengok! tengah gelak pula dah!
‘Sorry, sorry..’ Maunya tak sorry, muka minah ni dah macam udang terbakar aku tengok. Sebelum apa-apa melayang kat muka aku yang handsome ni… buat malu je nanti.
‘Sorry awak kata? Awak ingat elok sangat la tu, mengajar bebudak macam Aneesa tu berboyfriend?’
Ha, sudah! Aku cakap lain, dia faham lain.
‘Kenapa? Aneesa tu bukan bebudak lagi. Normal lah tu..’ Aiman buat muka kering. Nasiblah kau makcik, bukan nak bagi aku chance cakap. Asyik nak fire aku je.
Terdengar suara gelak di belakang. Terus menutup mulut Aleesya yang baru terbuka, mahu menangkis cakap Aiman. Atau lebih tepat ceramah free bak kata Aneesa.
‘Uih, sembang apa ni kak? Mesra gitu!’ Aleesya hanya memandang Aneesa sepintas lalu. Diam. Malas nak menjawab. Mesra la sangat! Sikit lagi ja nak melayang pinggan ni..
‘Ni la Along kau? Wah, cun la kakak kau Nis!’ Man sudah terkekeh-kekeh. Aiman buat-buat pandang menu. Mati la aku lepas ni, sure transform jadi hulk! Mau transform jadi kereta macam transformer tu, boleh la gak aku drive. Tetiba terbayang makcik di depannya bertukar hijau. Aiman sengih sendiri.
Mata Aleesya sudah membulat. Ditenungnya Aiman kemudian ditenungnya pula budak lelaki bertopi merah yang sudah duduk di sebelah Aiman. Siapa pula ni? Ditolehnya ke kanan pula, Aneesa buat muka pelik. Pehal Along ni? Kusut semacam ja.Aneesa buat muka yang bermaksud ‘Why?’
Aleesya yang sudah faham benar dengan riak wajah Angah mengisyaratkan pula dengan mata.
‘Tu la Aiman or Man. My best buddy!’ Dipandang Man sekilas. Man sengih menampakkan gigi.
Aiman? Yang nu siapa pula? Kembar tak sama umur ke?? Namun dibiarkan bersarang dalam kepalanya sahaja. Terasa taufan Katrina sudah menyelinap masuk ke dalam badannya, tinggal nak keluarkan ja, sembur dekat lelaki yang keparat marat mengaku diri Aiman! Hidup hidup aku kena tipu! Tahan Aleesya, relax.
‘Along! Lama tak nampak. Mimpi apa datang hari ni? Nak belanja kitorang ye?’ Ramah Aneesa menegur Aiman. Aiman yang sedari tadi sibuk mengeja isi menu, terus angkat kepala. Aleesya pandang ke lain. Memanggil pelayan. Malas dah aku nak duduk sini lama-lama. Mau melayang sudu garfu ni nanti! Nak mengamuk ada, malu pun ada juga. Maunya tak malu, suka suki aku fire dia tadi. Yang dia bangang sangat mengaku Aiman tu sapa suruh??
‘Along baru habis projek. Lepas ni dah tak terperap dah kat studio tu..’ Along? Sejak bila Angah ada Along versi lelaki pula ni??
‘Cuti la ni? Belanja la Along..Bukan selalu pun,’
‘Betul betul betul.. Malu la sikit kat Along Nis ni..setakat lima enam puluh apa la sangat,’ Sampuk Man. Aiman hanya ketawa. Ketawa yang dibuat-buat. Cuak juga tengok makcik sorang ni lain macam ja. Betul betul jadi hulk kang!
Aleesya buat tak peduli. Sibuk memesan pizza. Angah yang baru tersedar Alongnya sedang membuat pesanan mula kalut. Maunya tak, diorang selalu berbalah bila bab pilih pizza ni. Lain selera,susah. Tapi selalunya last last Alongnya mengalah juga.
‘Eh Along, Angah nak tuna.. tak nak royal masala..’
‘Pesanlah sendiri. Along gi toilet jap,’ Angah sengih.
Tak tunggu lama, sepantas kilat, Aleesya sudah angkat punggung. Dipusingnya ke belakang tanpa fikir panjang. Seriusly,aku tak tahu nak buat muka versi apa, nak cakap pun macam tersekat-sekat kat kerongkong je. Better aku blah kejap sementara tunggu pizza siap.
‘Awak!’ Nyaring suara Aiman menusuk telinganya. Taufan Katrina yang dipendam sekian lama hampir-hampir terkeluar. Dia berpaling, masih ada hormat. Takkan nak tunjuk perangai depan bebudak ni. Aku gak yang malu nanti. Cukuplah sekali malu.
‘Tandas kat situ,’ Di saat itu, terasa muka kena percikan minyak masa tengah goreng ikan! Eh, tak! Bukan setakat percik gitu-gitu je ni, tahap kena simbah dah ni!
‘Emm..’ Lantas kakinya cepat-cepat menghayun ke arah ditunjukkan Aiman. Deringan lagu Bunkface, situasi bagai menyelamatkannya dari jatuh ke dalam gaung. Laju dia menekan punat hijau telefon bimbit itu. Tanpa membalas hello, terus dia berteriak,
‘Sarah! Aku nak terjun laut!!’