Tuesday, August 11, 2009

Aku ke kau Along? 9

‘Esok Achik balik pukul berapa?’
‘Empat.’
Balas Amirah. Mulutnya masih penuh dengan nasi. Aleesya memandang sekilas.
`Kelmarin tu ada motivasi apa?’
Soal Aleesya lagi. Bukan apa, sejak dia balik, tak pernah lagi mereka berbual lama macam dulu. Pagi-pagi Achik dah pergi sekolah, balik dah petang benar. Dia terus masuk bilik. Tidur. Malamnya pula hanya turun untuk makan. Itupun kalau dia turun, kadang-kadang Aleesya terpaksa mengetuk-ngetuk pintu biliknya. Takut adiknya belajar sampai lupa nak makan. Tapi tak tahulah dia memang belajar dalam bilik tu. Pernah dia masuk ke dalam biliknya, dilihatnya Amirah memang belajar. Nak sembang-sembang macam menggangu pula. Haish..
`Hemm. Ceramah.’
Amirah berhenti menyuap. Dicapainya gelas, air sirap dituang.
`Tak nak tambah ke? Sikit je makan,’
`Kenyang. ’
Aleesya terasa hati. Bukan terasa hati sebab Achik tak mahu makan lagi ayam masak merahnya itu. Tapi sebab cara Achik melayannya. Jawab hendak tak hendak ja. Kalau tak tanya, memang senyap sunyi la dapur ni. Sejak dia balik, dia perasan Achik seakan-akan menjauhkan diri darinya. Dulu Achik bukan macam ini. Achik memang berbeza dengan Angah. Angah sentiasa riang dan agak nakal. Achik pula pendiam dan agak pemalu orangnya sedikit tambah-tambah sejak mama tak ada. Angah selalu mengusik memanggil Achik ustazah dahulu. Achik pula lebih senang mengunci mulut. Jarang sekali Achik hendak melawan kata. Tapi Achik rapat dengan dia berbanding Angah. Achik selalu tanya pasal pelajaran dahulu dan sekali sekala bercerita tentang ragam rakan-rakannya di sekolah. Entahlah, salah aku ke pergi belajar sana? Terus jadi renggang macam ni. Dia ada pernah bertanya Achik pasal hal ini ketika Achik mencarinya di bilik. Itupun sebab nak tanya pasal MakTeh.
`Along minta abah kasi MakTeh cuti. Dia pun dah lama tak balik kampung,’
`Tak bestlah MakTeh takde,’
Dilihat wajah Achik sudah mencuka.
`Tapi Along kan de. Along pun boleh nak masak, basuh kain.’
Riak wajah Achik masih tak berubah.
`Selama ini MakTeh yang masak,’
`Along tahu. Tapi Along dah balik ni. Tak rindu ke nak makan masakan Along?’
`Hemm..’
`Along tengok Achik dah tak macam dulu. Achik ada masalah ke. Boleh cerita dengan Along,’
`Mana da. Macam tu je lah.’
Kemudian, Achik terus keluar dari biliknya. Aleesya mengeluh.
`Along!’
Aleesya terkejut. Dilihat Angah pula di depannya kini. Lah, mana Achik? Hish melamun sampai tak perasan. Achik dah naik atas la tu.
`Along ni makan ke berangan. Hish,’
Aleesya sengih.
`Ha, ni nak apa? Tadi kata nak diet.’
Angah menarik kerusi, duduk di tempat Achik tadi.
`Hish. Mestilah! Angah bukan datang nak makan la. Nak tanya benda penting ni!’
Dilihat muka Aneesa yang sudah bertukar serius.
`Apa mendanya?’
`Tadi Angah tanya Achik, Along ke ambil dia? Sebab dia ada kata ayah tak dapat nak ambil dia . Ada meeting. Selalunya kitorang balik sama, tumpang ayah Man. Tapi Angah kan da kem masa tu.’
`Ohh..’
Secepat kilat bayangan Aiman datang. Sungguh dia terkejut Achik kenal Aiman.
`Tu la.. tengok-tengok dia kata Along Man datang ambil! Yang lagi terkejut, Along Man dengan Along!’
Aleesya buat muka kering. Along Man? Along? Hish.. penin aku dengan mamat nama Aiman Arif ni. Sibuk la nak letak panggilan Along gak! Tak boleh ke letak Abang Man.. Maman ke..atau Man kidal..Aku ke kau Along ni! Hish!
`Macam mana Achik boleh kenal Aiman tu? Tak sempat pula nak tanya, Achik dah naik atas,’
`Ohh.. Along Man tu pernah datang sini. Dia hantar Angah balik. Masa tu dah petang. So, abah ajak makan sekali,’
Aleesya sudah ternganga. Apakah? Memang dah ditakdirkan ke mamat tu jadi family aku ni. Siap pernah datang makan lagi ni!
`Macam mana dia boleh hantar Angah balik pula?’
`Hemm.. pasal tu.. Angah nak gi tengok movie, tapi tak ada transport, so Man ni kata Along dia boleh hantarkan. Last last Along dia tu pun ikut sama kitorang.’
`Kiranya dah kenal sangat la ni dengan Al...Aiman tu..’
Hish nak tersasul panggil Along pula! Aku la Along bukan dia!
`Nak kata kenal sangat tu taklah. Tapi kenal la.. Baik la Along Man tu. Ramah gila. Untung sapa jadi girfriend dia,’
Aneesa senyum nakal. Aleesya mencebik. Untunglah sangat! Cerewet adalah! Nak girlfriend pakai tudung yang bergaya. Hooh.
`Ha! Jadi benda ni la yang Angah pelik sangat ni!’
Alessya panggung kepala. Tak jadi meneguk air sirap.
`Apa benda pulanya? Macam-macam la Angah ni!’
`Hish..pasal Along lah. Macam mana boleh satu kereta dengan Along Man pula? Aaa... korang dating ekkk.. Mesti hari tu, ada tukar-tukar nombor ni?’
Usik Aneesa. Tapi dia memang suka kalau Alongnya couple dengan Along Man! Wahh.. sama padan! Hehe.
Aleesya sudah terjegil
`Hish merepeklah Angah ni! Tak ingin nak couple dengan mamat spesis tu!’
Aneesa gelak.
`Eleh.. mula-mula cakap la tak nak..’
‘Hish.. takde lah! Kalau Angah nak tau.. Aiman tu anak auntie Halimah..’
`Hah!’
Hampir-hampir tersembur air sirap.
‘Hish, nasib tak kena Along. Bak sini balik air tu. Gi ambil gelas sendiri.’
`Yela.. Nah! Kedekut la Along ni! Hish.. betul ke Along?!’
`Betul apanya?’
`Adoi..Along Man la.. anak auntie tu..’
`Iyalah.. kalau tak macam mana lah Along boleh naik kereta dia pula. Along gi tengok butik auntie. Terjumpa dengan anak dia sekali. Auntie minta Aiman hantarkan Along dan Sarah,’
`Oooooooo... camtu..keciknya dunia..’
`Hemm..tu la..Terkejut gila Along masa tu..’
`Hish.. memanglah..Tapi kan..best la camtu!’
Aleesya angkat kening.
`Yela, best la.. Dah kenal siapa anak dia. Memang baik. So, auntie pun mesti orang baik gak,’
Aleesya tersentak. Senangnya Angah membuat kesimpulan! Habislah macam ini! Angah dah suka. Achik pun tadi ramah je bercakap dengan Aiman. Abah? Hish, yang tu mestilah suka!! Adoi! Aku pula? Waa.. tak tau! Tak tau!

5 comments:

  1. betul ke ni ur first karya??gaya macam dah boley tanding hlovate seyh!cayalah!

    ReplyDelete
  2. hai fJ..yupe2..pernah jugak tulis tapi cerpen je ..masih berjinak-jinak lagi ni..
    tenkiu so much sebab sudi baca..really appreaciate!
    hepy2 reading..

    ReplyDelete
  3. tenkiu~
    sedang berusaha menyambung bab seterusnya..hee..=)

    ReplyDelete
  4. best la cite ni anakira..heheh..sambung la lagi..xsabar2 dh nk tau kisah seterusnya ni..hihi..Nnt jadi Along Man,Along Sya la ek..hehe..cute la..

    ReplyDelete