Tuesday, August 11, 2009

Aku ke kau Along? 8

‘Memang gempak la performance senior malam tu. Kitorang ni rasa tercabar gila.’
Sarah ketawa. Aleesya nak ikut ketawa tapi tak jadi. Sejak masuk dalam kereta kancil warna putih ini secara paksa, dia sudah bertukar menjadi seorang pendengar yang hebat. Hanya bersuara apabila soalan ditujukan khas buatnya. Lebih senang melayan lagu-lagu berkumandang dari stesen hot fm yang masih agak hot walaupun setelah setahun dia meninggalkan tanah air.
`Macam mana korang boleh kenal ni?’
Tanya Puan Halimah sebaik sahaja duduk di hadapan Aleesya. Aiman pula duduk di sebelah mamanya.
‘Emm..’
‘Man la ni ma. Man tu member adik Aleesya. Kitorang ni kira peneman budak dua orang tu la masa kat klcc hari tu.’
Sampuk Aiman bila melihat Aleesya seperti kehilangan kata. Agaknya rasa terkejut tadi tak hilang-hilang lagi.
Aleesya senyum kelat. Sungguh, rasa sangat sangat pelik duduk bertiga macam ini. Sembang sembang di cafe. Hish. Kalaulah aku tahu begini jadinya, tak adanya aku nak usha butik auntie ni. Tu la gatal sangat nak stalk orang ! Ini la akibatnya bila niat tak betul. Namun, kegelisahan Aleesya berakhir tatkala Sarah sampai. Sarah sudah menjadi seperti superwomannya. Datang tepat pada masa menyelamatkannya dari situasi yang sangatlah kekok ini. Sesampai sahaja Sarah, terus dia menayang muka terkejut.
‘Eh, macam kenal ? Urus setia masa archi week tu kan ?’
‘Ye. Macam pernah nampak awak ni. Budak pasum kan?’
Balas Aiman pula. Aleesya sudah terkulat-kulat melihat drama ala-ala jejak kasih antara Aiman dan Sarah. Dan bermulalah sesi tukar menukar cerita yang menyentuh kos architecture, UM, dan seangkatan dengannya sampailah ke dalam kereta ni. Aku pula hanya sekali sekala berbual-bual dengan auntie Halimah. Lebih banyak diam.
`Babe!’
Untuk sekian kalinya, Aleesya tersentak lagi dari lamunan panjang. Hish, ini la akibatnya asyik berangan ja kerja. Dia segera menoleh belakang. Dilihat Sarah tersengih menayang gigi.
`Hish, ingatkan kau dah sampai US. Aku nak turun dah ni. Dah sampai pun,’
Aleesya terpinga-pinga. Eh, dah sampai? Dipandang ke luar cermin, stesen lrt. Aleesya sengih.
`He he. Tak perasan.’
`Kau memang! Oklah babe. Aku gi dulu. Aiman, thanks.’
Aiman hanya angguk.
Pintu dibuka, sebelum keluar, sempat lagi Sarah mengenyit mata nakal ke arah Aiman. Aleesya yang faham benar maksud kenyitan nakal itu terus menjegilkan mata.
`Baik baik jalan tu.’
Terdengar suara Aiman. Kelihatan Sarah mengangguk dan kemudian melambai. Aleesya senyum kelat. Tak terdaya nak melambai kembali. Terasa seperti sebahagian jasadnya telah dibawa pergi Sarah. Aduss ! Tinggal aku dengan dia ja ni ! Waaa.. apahal jantung aku macam susah nak mengepam ni…Tensennya.. Tanpa sedar, Aleesya lantas meninggikan volume radio. Nak hilangkan resah di hati.
`Suka ekk ?’
‘Ha ?’
Suka apanya? Serius tak faham!
`I mean lagu tu. Bukan main kuat pasang. Mesti sebab suka sangat kan. ’
Balas Aiman. Aleesya menggigit bibir bawah. Perli aku ke mamat ni?
`Ouh. Sorry, tak perasan pula kuat,’
Lantas diperlahankan.
`Eh takpe. Tak kisah pun. Saya pun suka lagu daun hijau ni.’
`Bukan daun hijau. Hijau daun.’
Pintas Aleesya. Mestilah dia tahu nama kumpulan yang menyanyikan lagu suaraku berharap itu. Sejak balik, dia asyik ulang dengar.
Aiman gelak. Sekali dah bercakap, lawak la pula minah ni. Daun hijau dengan hijau daun pun berkira ke? Hish. Tadi diam nak mampus. Asyik aku ja bercakap dengan si Sarah tu.
`Ala, samalah tu. Daun hijau. Hijau daun.’
Kata Aiman, tetap tak mahu beralah.
`Mana sama. Macam pisang goreng la. Sama ke pisang goreng dengan goreng pisang?’
Aiman memegang kumis nipis di dagunya, berfikir sekejap.
`Sama je.’
`Tak. Pisang goreng means pisang tu dah siap digoreng. Tapi... goreng pisang means baru nak goreng.’
Aiman gelak. Aleesya buat muka pelik. Aku buat lawak ke. Tak nampak ke bukan main serius ni muka. Yela, mana la dia nak nampak. Kan dia tengah drive cik Aleesya oi! Apa la..Hish.
`Awak lapar ek. Sampai keluar pisang goreng tu... Tak boleh blah la. Tu la.. tadi tak nak makan,’
Aleesya tersengih. Baru tersedar yang dia sudah merapu-rapu. Beginilah aku kalau dah nervous, mula la cakap merepek-repek. Hish, kenapa aku nak nervous pula?! Whoa, cepatlah sampai rumah!!
`Eh masuk kanan kan?’
Tanya Aiman.
`A’ah. Pastu terus... then ambil kiri.’
Sebenarnya dia pernah datang rumah Aleesya sekali. Menghantar Aneesa ke rumah setelah dia, Aneesa, Man keluar tengok movie. Masa itu, Aleesya masih di US. Dia ikut Man lepak pun sebab boring tahap cipan. Member-membernya semua balik kampung.
`Ouh..dah ingat dah.’
Ujar Aiman.
Kedengaran deringan lagu Bunkface berkumandang. Aleesya cepat-cepat menjawab panggilan.
`Waalaikumsalam..’
`Ye..Along on da way ni. Nak sampai dah. Kejap lagi Along pick up.’
Aiman mengerling sekilas.
`Ok ok. Tunggu situ. Ok bye.’
Punat merah ditekan. Telefon bimbit dimasukkan ke dalam beg tangannya.
`Siapa? Aneesa ke?’ Soal Aiman.
`Tak. Achik.’
`Ooo..your youngest sis kan? Kenapa? Awak kena pick up dia ke?’
`A’ah. Dia ada motivasi apa entah kat sekolah tadi.’
`Sekolah mana?’
`SMK Setiawangsa.’
Balas Aleesya tanpa menyedari maksud tersirat di sebalik pertanyaan Aiman.
Aiman terus membuat u turn sebelum sampai di simpang rumah Aleesya.
`Eh, awak! Masuk kiri lah,’
Aleesya kaget. Dibuatnya nak culik aku! Mahu aku lompat keluar sekarang!
`La..nak pergi pick up adik awak la. Awak juga kata tadi dia sekolah Setiawangsa kan.’
Aleesya tergelak. Adess.. tak perasan pula. Patut la dia tanya sekolah mana. Hish, lembap betul aku ni.
`Kenapa? Ingat saya nak kidnap awak?’
Teka Aiman bila melihat Aleesya tiba-tiba ketawa.
`A’ah. Hish. Saya boleh pick up dia lah. Buat apa la susah-susah,’
`Takde susahnya lah. Lagipun tak lama lagi.. mungkin kita akan jadi satu family kan,’
Aiman telan liur sejurus menyebut perkataan family. Family? Biar betul aku ni. Aku dah bersedia ke jadi abang tiri ni?
`Saya tak nak komen pasal tu. Tapi I just wanna say that, even awak jadi abang tiri kitorang, saya tetap Along diorang. Jadi, saya yang bertanggungjawab jaga diorang. Along tu takkan ada orang lain boleh ganti.’
Ujar Aleesya tegas.
Aiman terdiam. Entah kenapa dia rasa tersinggung dengan kata-kata Aleesya. Nampak seperti Aleesya tak dapat terima yang mereka bakal menjadi satu keluarga. Aleesya pula tersenyum puas apabila melihat reaksi Aiman. Tahu pun! Ingat senang-senang ke aku nak terima! Belum tentu lagi tau bapak aku kahwin dengan mak kau!

No comments:

Post a Comment