Monday, August 10, 2009

Aku ke kau Along? 7

Satu persatu tudung dibeleknya. Tak dihiraukan pekerja yang asyik mengekorinya sejak tadi. Bukan Aleesya tak perasan muka perempuan yang bertudung ala ala Ekin, isteri kesayangan penyanyi popular Mawi itu sudah berubah kelat.
Dah nama pun pelanggan kan, kena la layan. Aleesya tersengih sendiri melihat wajah di cermin. Tudung warna unggu lembut digayakan. Pekerja itu sudah bergerak ke kaunter. Agaknya dah tak tahan dengan perilaku Aleesya. Yela, siapa tak geram. Hampir sejam dah, tapi satu tudung pun tak terbeli.

‘Along!’
Terdengar nama panggilannya disebut. Siapa pula panggil aku ni? Takkan Angah kot. Dia kan pergi kem. Lantas Aleesya berpaling. Zup! Tersirap sekejap darahnya.
Terus naik ke muka.

‘Ye la. Along la. Nape terkejut?’
Ujar Aiman kepada Mira, pekerja kedai mamanya merangkap junior di sekolahnya. Dia sudah menganggap Mira seperti adiknya sendiri. Aiman kelihatan kacak dengan t-shirt hitam beserta jeans lusuh warna biru muda.

Cepat-cepat Aleesya berpaling, mengadap kembali tudung pelbagai warna dan corak di hadapannya. Harapnya dia tak perasan aku. Lepas kejadian yang agak memalukan tu, terus rasa segan semacam. Marah pun ada. Dia hanya bercakap apabila ditanya. Selebihnya, dibiarkan Aneesa, Man dan Aiman Arif sahaja yang bercakap.
Aiman Arif atau panggilan lain Along. Dia tahu nama sebenar lelaki itu pun sebab Aneesa yang bagitahu sejurus diorang balik.

Aleesya sudah berkira-kira mahu keluar dari kedai itu. Buru buru dia meletakkan kembali tudung unggu lembut tadi. Tidak peduli dengan isi perbualan Aiman dan pekerja itu walaupun dia macam terdengar pekerja itu sedang memperkatakan tentang dirinya. Namun, tindakannya terhenti apabila terdengar suara menyapanya

‘Saya rasa warna tu sesuai dengan awak,’

Dipandang pemilik suara itu, siapa lagi kalau bukan Aiman Arif. Alahai. Aleesya mengeluh dalam hati. Ingatkan dia tak perasan. Dah dua minggu kut tak jumpa!

‘Emm.. saja tengok-tengok ,’
Dipandang Aiman sekilas. Lelaki itu senyum. Aleesya ikut senyum. Takut dikata sombong pula.

`Sorang je?’

Dah tu? Lagi mau tanya ka ? Namun disimpan dalam hati.

‘A’ah.’
Balasnya acuh tak acuh.

‘Tak nak try pakai tudung style Ekin ni ?’

Aiman mencapai sehelai tudung bercorak. Tanahnya warna unggu lembut. Bezanya tudung yang dipegangnya tadi jenis bawal, dan tak bercorak. Cantik juga. Macam mana aku tak perasan tadi ?

‘Kerja sini gak ke ?’
Ujar Aleesya dengan niat memperli. Yela, sibuk pula mamat ni promote tudung kat aku. Tudung yang dihulur Aiman disambut.

‘Dulu pernah la masa tunggu spm. Bosan. Dari duk lepak rumah ja. Masuk gak duit kan.’

Aleesya tersengih kalah kerang busuk. Aduss. Malu gila! Baru ingat nak perli, sekali betul daaa..

`Oo..yeke..’

`Nape? Tak percaya? Mesti pelik kan tengok lelaki kerja kat kedai macam ni.
Mula mula tu macam segan gak. Tapi dah lama best la pula.’

Dilihatnya Aiman sudah tersengih lebar.

`Yela, mesti best kan. Boleh usha awek. Tak gitu?’
Gurau Aleesya. Gurauan Aleesya disambut dengan ketawa Aiman. Entah kenapa terasa selesa pula berbual dengan lelaki di hadapannya ini. Gaya macam tak pernah berlaku apa-apa sahaja dua minggu lepas.

`Eh try lah.’
Gesa Aiman.
Hish..ada pula suruh try depan dia. Bajet macam couple plak. Yela, dia selalu perasan situasi sebijik macam ini bila si teman lelaki menemani si teman wanitanya. Eheu. Geli tau.

‘Tak nak lah.’

‘Eh try la dulu. Cantik what. Sekali sekala ubah la fesyen. Tak bosan ke asyik pakai tudung style sama je. Nanti pakwe awak pun naik bosan tengok bila keluar
dating, nanti kang tak pasal-pasal dia cari lain.’

Mata Aleesya sudah membulat. Darah menyerbu naik ke muka.Terasa taufan Katrina menguasai dirinya. Setelah lama tak menyerang. Ewah ewah ikut sedap mulut ja bercakap mamat ni!

`Awak!’

Suara Aleesya sedikit menggigil.

`Ye saya.’

Aiman menahan diri dari senyum. Dia sudah agak reaksi Aleesya. Entah kenapa dia ringan mulut nak mangusik gadis kecil molek di hadapannya ini. Mungkin sebab dia comel kot? He he. Sebenarnya dia rasa gembira pula dapat berjumpa Aleesya di sini. Pelik! Sungguh tak sangka. Tak sia-sia datang jumpa mama hari ini.

`Awak, saya pakai tudung bukan nak berfesyen. Tapi nak tutup aurat. Faham?!
Dan lagi satu, peduli apa pakwe saya suka ke tak suka. Mind your own business, ok?!’

Aiman yang baru hendak tersenyum terus tak jadi. Boleh tahan minah ni. Not bad.
Aku ingatkan tadi nak kena maki dah.
Tanpa menunggu walau sesaat, Aleesya bergegas keluar dari kedai. Aiman yang terdiam terkaku sebentar. Nak kejar minta maaf ke? Ish, aku bukan buat salah pun. Matanya mengikuti setiap langkah Alessya. Namun dilihat Aleesya berhenti melangkah sebaik sahaja seorang wanita bertudung memasuki kedai itu. Aiman segera mendapatkan wanita itu.

`Mama.’
Dia mengerling ke arah Aleesya. Apahal pucat semacam ja minah ni?

`Ha! Along! Bila datang ni? Eh Aleesya?’

Tegur Puan Halimah sebaik sahaja dia menyedari kehadiran seorang gadis tidak jauh dari anaknya, Along. Aleesya kaget. Dipandang Aiman Arif. Kemudian dipandang Puan Halimah. Along? Mungkinkah? Tak mungkin! Tak mungkin!

`Aleesya kan? Ni auntie. Tak ingat?’

Aleesya tersentak dari lamunan.

`Eh auntie. Mesti la saya ingat,’
Lantas tangan dihulur. Puan Halimah menyambut sambil tersenyum manis. Aiman Arif melihat aksi mamanya dan Aleesya dengan kening berkerut seribu.

`Along. Ini Aleesya. Anak sulung Encik Ahmad. Itu la, Along tak datang malam tu. Kalau tak boleh kenal-kenal dengan Aleesya.’

Aiman sudah terlopong. Suratan atau kebetulan ni?? Kenapa mesti dia? Bakal tiri aku? Kakak tiri atau adik tiri? Atau kami sebaya? Ah, otaknya seakan-akan tidak dapat berfikir di kala ini.

`Ooh..’
Hanya itu yang keluar dari bibir Aiman.

`Pa yang ooh nya? Tak reti-reti nak kenalkan diri?’

Tegur Puan Halimah lembut. Aleesya senyum kelat. Nak kenal apanya? Siap bergaduh dah tadi! Dilihat wajah Aiman yang jelas nampak terkejut. Yela, aku pun sama terkejut beruk ni, beruk pun kalah bila tengok aku. Gila ah! Sampai sekarang rasa tak percaya yang lelaki di sebelahnya ini bakal... erkk abang? Atau ..Adik tiri? Ke sebaya? Nanti aku nak panggil apa? Takkan Along kot. Hei, panggilan Along tu aku punya tau! Wah haru ni!

`Dah kenal maa..’

Ujar Aiman perlahan. Antara dengar tak dengar.

`La yeke.. Kenapa tak cakap tadi. Baguslah macam tu. Lega mama dengar.’

Aiman membuang pandang. Tak tahu nak buat reaksi macam mana? Tak tahu apa yang dirasanya di kala ini. Gembira? Suka? Teruja? Pelik? Mimpi?

`Mama pergi mana? Lama Along tunggu’
Sengaja Aiman mengubah topik perbualan. Dilihat Aleesya yang kelihatan seperti gelisah.

`Pergi bank. Orang ramai la pula tadi. Along dah makan?’

Aleesya sudah tak senang duduk. Terasa diri macam patung di kedai Puan Halimah. Berdiri tegak, memperagakan busana cantik dan tudung. Bezanya baju yang dipakainya taklah secantik dan semahal baju yang diperagakan patung tak bernyawa tu. Dan tudungnya taklah mengikut fesyen seperti yang dikatakan Aiman itu. Nak blah macam tak sopan plak. Nak tunggu terasa macam tunggul kayu pula. Semuanya serba tak kena. Ibarat ditelan mati bapak, diluah mati emak. Ish, betul ke peribahasa aku guna ini? Betul la kot. Ini la akibatnya lama tak mengadap bahasa Melayu. Teruk betul.

‘Aleesya?’

Aleesya tersentak. Terkejut sekejap. Terbang terus segala peribahasa yang sibuk pula menyemak kepala otaknya di saat-saat cemas ni.

‘Ye auntie?’
Dilihat Puan Halimah dan Aiman tersenyum-senyum. Aisey, ni mesti pasal aku berangan pasal peribahasa melayu tadi sampai tak perasan auntie bercakap dengan aku.
Adess malunya!

`Mama ajak makan sama.’
Ujar Aiman.

`Eh takpelah auntie. Saya tunggu kawan ni sebenarnya.’
Ah, tak sanggup aku makan semeja dengan auntie dan Aiman. Ingat dah jadi family ke??!

`Mari makan sama. Ajak kawan tu sekali. Auntie belanja,’
Aleesya mati akal. Tak tahu nak beri alasan apa lagi. Tambah-tambah bila melihat wajah Puan Halimah yang bersungguh-sungguh itu.

`Tapi..kawan saya belum sampai lagi.’
Aleesya cuba berdalih. Tapi memang betul pun Sarah tak sampai lagi.

`Takpe. Kita pergi dulu. Boleh borak-borak sementara tunggu dia,’

Hah sudah! Memang tak boleh elak ni. Sarah! Tolong aku! Call la aku sekarang. Selamatkan kawan baikkmu ni..

`Oklah macam tu, susahkan auntie je,’

`Ish takde susahnya ! Auntie lagi suka ! Auntie pun nak la kenal-kenal dengan Aleesya. Nak tahu juga your life kat US. Nak harapkan Along ni, tak ada peluang nak dengar cerita hidup di negara orang,’

Aleesya senyum kelat. Adoi. Mala petaka apakah ini ? Menyesal aku datang kedai Puan Halimah ni. Kalau lah aku tahu anaknya mamat ni. Ahhhh !! Nak jerit boleh tak ??!!

`

No comments:

Post a Comment