Monday, August 10, 2009

Aku ke kau Along? 6

Diam. Tiada sepatah kata keluar. Aneesa dan Amirah kelihatan bukan main suka.
Terus penin kepala Aleesya. Baru ingat nak buat pakatan. Aisey..biar betul abah ni..

‘Abah tengok Along senyap ja..Makan pun nak tak nak je..’

Hah sudah, abah dah start tuuu…nak lari boleh?? Hish..Aleesya! Sampai bila nak main aci kejar ni..face the reality okeh! Lantas kepala dipusing. Pandang abah.
Abah sudah angkat kening, memohon jawapan? Penjelasan mungkin. Aduhai abah..
Boleh tak Along nak cakap..nak cakap..cakap betul ni..tak kira..

‘Along tak suka!’

Dahi abah terus berkerut seribu.
Hah! Terkeluar juga. Dilihat Aneesa dan Amirah sudah masuk ke bilik.
Dikerling pula ke jam tergantung di dinding, lima belas minit lagi pukul sebelas.

‘Tak suka? Maksud Along? Tak suka auntie?’

Alessya berjalan lambat-lambat ke sofa..Ahh..ni yang malas ni..
Aku pun tak tau..Cuma yang aku tau..aku tak suka..tak suka..dapat..emak baru??..erkk…Aleesya telan liur..tak sanggup rasanya nak sebut.
Perit rasa anak tekak.

‘Along?’

‘Bukan Along tak suka auntie tu..’
Jawab Aleesya lambat-lambat.. Tengah fikir, tengah susun ayat seterusnya.

‘Dah tu?’

‘Along..abah..hemm..serius?’
Nah! Straight to the point!
Encik Ahmad yang sedari tadi berdiri terus duduk di hadapan Aleesya.

‘Dengan auntie?’

Aleesya angguk. Dah tu, takkan dengan Mak Teh yang boleh jadi nenek aku tu.
Ish…tak baik Aleesya..kutuk dalam hati dosa wooo..

‘Abah dah lama kenal auntie tu..’

‘Masa mama masih ada?’

Pintas Aleesya laju. Hatinya rasa terbakar mendengar pengakuan abah.

‘Dia kenal mama. Mama pun kenal sangat dia. It’s a long story Along.
Tapi abah memang serius. Sampai bila nak harap Makteh..
Abah pun selalu tak ada kat rumah. At least, ada orang boleh tengok tengokkan Achik dengan Angah.’

‘Kenapa sekarang? Selama lima tahun ni boleh ja kita hidup. Ok, mb it’s my fault. Kalau dulu Along ada. Takpe bah, Along ok je..Along boleh minta sambung sini je. Dulu abah yang iya iya kan suruh Along pergi sana. Bukannya Along nak sangat,’
Aleesya tarik nafas. Tak sempat nak bernafas tadi. Emosinya sudah tak terkawal. Biarlah, abah nak fikir apa pun. Aku tak mahu adik adik aku jatuh ke tangan entah siapa siapa. Auntie Halimah tu?? Over my dead body!

‘Along..kenapa nak ungkit hal tu pula..Bukan semua orang boleh belajar free macam Along. Along patut bersyukur.’

Alessya diam. Ya aku memang tak bersyukur. Pentingkan diri.
Tapi abah tu tak pentingkan diri ke?? Namun kata kata itu hanya tersekat di kerongkong.

‘Along minta maaf. Kalau itu yang abah nak.. emm, Along ngantuk. Nak tidur.’
Cakap lama pun tak guna. Bukan boleh ubah keputusan abah.

‘Abah percaya one day Along akan suka auntie..’

Aleesya cepat cepat naik tangga. Masuk ke bilik. Pintu ditutup perlahan.
Bukan perangainya nak hempas hempas pintu. Biarlah marah macam mana pun.
Dia akan tahan selagi dia mampu. Aku Along. Along pada Angah dan Achik.
Takkan nak tunjuk perangai. Angah.. Achik..Kenapa rasa makin jauh.
Angah dengan kawan-kawannya. Achik dengan sikap misterinya. Terperap dalam bilik. Sepatah tanya. Sepatah jawab. Dah tak sayang Along ke..kalau la aku tahu begini jadinya. Kalau la aku tahu..tapi dah terlambat..dah setahun aku pergi..
dalam masa setahun tu..macam macam boleh jadi..
Bunyi sms mengejutkannya dari lamunan.

*Babe! Watpe tu? Jom skype nak?*

Aleesya senyum. Ada juga orang yang masih sayang.
Laptop di atas meja dibawa ke katil. Aleesya sudah bersandar di kepala katil. Laptop diletak di riba. Lantas dia mendail username Sara.

‘Hallooo…’

‘Sara..’

‘Yes Aleesya..Suara dah lembik semacam..So..??’

‘So..so so la..’

‘Betul betullah..Ok tak auntie tu?’

Alessya sudah mencebik. Terus bayangan auntie Halimah melintas. Cantik. Lembut.
Pandai layan Angah dengan Achik. Opss..adakah aku sedang memuji??
No..no..berlakon ja makcik tu..Yela nak ambil abah..kena la buat bai kan..kan..kan..

‘Woit! Dah tidur ke??’
Aleesya tersentak.

‘Sorry..tetiba auntie tu datang pula..’

‘Hah, dia tidur rumah kau ke??’
Sarah sudah menjerit. Mau pecah gegendang telinga aku!

‘Hish..mau betul..malam ni juga aku lari dari rumah..’

‘Eleh..yo oo oo je..’
Sarah ketawa. Alessya cuma sengih.

‘Betullah..ingat aku tak berani..’

‘Abis tu kau nak biar ja auntie tu bermaharajalela..heh..’

‘Betul gak tu..’

‘Ok..ok..sekarang cakap betul betul..Auntie tu ok ke tak?’

‘O..key…..la kot..’
Aleesya gigit bibir. Tak pasti adakah dia yang sedang bercakap. OK??

‘Dia ada anak tak?’

‘Ada..’

‘Laki perempuan?’

‘Penting ke??..Peduli apa aku laki ke pondan ke..’
Sarah sudah tergelak besar. Kalau betullah pondan? Wah haru!

‘Alah..penting la weyh..Sebab mana tahu anak dia pun macam kau..’

‘Maksudnye..?’
Sambil sambil berborak, Aleesya membuka facebook.
Walaupun tak ada orang komen sangat..At least update status ok la tu..
Boleh lepaskan ketidakpuas hatisan dekat fb jadilah..

‘Yela..entah entah anak dia pun tak approve..mak dia dengan abah kau..’
Status sudah ditukar.
*Kepala sikit lagi nak pecah. Tak faham dengan orang dewasa..*

‘Betul gak tu..kalau tak silap aku la..aku da dengar..laki rasanya..’

‘Ish..boleh pula rasa rasa?’

Aleesya menekan Home. *1 friend request* Lantas ditekan.
Terpapar di skrin *Rizal Khushairy*

‘Rizal Khushairy?’

‘Hah! Rizal? Rizal tu bakal jadi family tiri kau??’

‘Hah? yeke!?’

Alessya terbangun. Ish Rizal family tiri aku?? terus aku setuju..wahaha..

‘Ish..aku tanya..kau tanya aku balik pehal..’

‘Ooo..heheh..bukanlah..ni Rizal! Dia add aku..’

Aleesya sudah senyum lebar. Terus terbang bayangan auntie Halimah dan abah naik pelamin.
‘Aicece..hari tu, mintak number..ni fb pula..’

Alessya tak dapat nak tahan dari senyum.. Dah happy, takkan nak nangis??

‘Alah..dia tu..sebab housing je pun..kalau tak, tak tahu pe aku ni wujud!’

‘Ok la..at least sekarang ada chance tu..maunya dia jadi jiran kau nanti..
mula mula jiran..lepas tu..’

Aleesya menekan *view my photos* . Aiyo..dah macam stalker la pula..

‘Dah dah tak payah merepek..’

‘Who knows..mulut aku masin..eh, dia ada call?’

Aleesya mencebik..Hemm..penat aku tunggu..Nasib kau comel Rizal.
Dilihat gambar Rizal bergambar dengan gitarnya..Ooo..pandai main gitar..

‘Tak de pon..’

‘Alalala..sedihnya bunyi..Nanti nanti dia call la tu..’

‘Nak tengok gambar dia tak?’

‘Nak!’

Maka bermulalah sesi copy and paste dan seterusnya sesi belek membelek dan seterusnya kutuk mengutuk dan seterusnya puji memuji. Teringat detik detik pertemuan dengan Rizal di klcc minggu lepas.

'Eh..Aleesya kan?'
Hampir terlepas popcorn dan pepsi masa tu. Yang tak bestnya, mamat yang mengaku dirinya Aiman ada sebelah aku masa tu. Sangatlah kacau daun!

'Ya..Rizal?'
Saja tiru soalan Rizal. Takkanlah aku tak kenal mamat yang suka buat lawak selamba dalam kelas dulu. Dan..mamat yang buat aku senyum sorang sorang. hehe.

'Nak tengok Transformer?'
Aku kerling mamat di sebelah aku yang tak reti nak blah. Dia ingat aku ni girlfriend dia ke??

'Ya..Datang dengan adik..'
Entah kenapa ringan mulut nak explain datang dengan adik..bukan tutt..
mamat kat sebelah ni..

'Ooh..study Suny kan?'
Aku cuma angguk. Dari hujung mata, nampak mamat di sebelah mendapatkan Angah dan Aiman yang sudah selesai membeli popcorn.

'Good! Rizal dah decide nak pergi sana gak. Best tak sana?'

Saat tu rasa macam dapat cabutan bertuah. Tahniah, pemegang nombor 123.
Anda mendapat sejuta ringgit!!

'Boleh tahan..tak ramai melayu la tapi..'
Masih ingat wajah Rizal saat itu. Senyumnya..adoih..boleh pengsan!

'Itu yang nak dengar tu..bukan pe..tak best la ramai sangat..nanti asyik cakap melayu je la..'
Masa tu, aku ketawa ala ala perempuan ayu gitu.
Macam la Rizal tu buat lawak. Yang bestnya, Rizal pun ikut ketawa.
Tapi tak lama, mamat keparat marat tu datang menggangu gugat kebahagian aku.

'Awak. Angah panggil tu. Dah nak start.'

'ok..'
Masa tu rasa nak lepuk ja..Sangat la kacau daun maun!

'Rizal kena panggil member ni..Cita dah nak start..Entah apa dia buat kat toilet tuh..Nak no phone boleh?'
Masa tu..masa tu..aku rasa cam nak tempik satu klcc. Rizal mintak number aku!
Tapi biasalah jual mahal sikit.

'Nak buat apa?'
Padahal dalam hati..Jawablah..sebab saya suka awak..wahaha..geli geli dengan perangai sendiri yang sudah naik miang keladi.

'Yela..senang nak contact..ingat nak tanya pasal housing semua..'

Ohh..apa lagi..berlakulah sesi tukar menukar nombor di khalayak ramai. hehe.
Habis cerita. Lepas tu aku pun balik dengan gembiranya.
Tapi tak lama bila abah pula membawa berita yang buat aku penin balik ni.
Terus wajah makcik itu terbayang depan mata.

'Esok dinner dengan auntie Halimah.'
Dan sekarang aku mahu tidur nyenyak. Tak mahu ingat makcik tu.
Mahu ingat Rizal. Boleh?

1 comment: