Monday, August 10, 2009

Aku ke kau Along? 5

‘Man. Along ni..’
Aiman sudah terpacak depan pagar rumah teres dua tingkat itu.

‘Ah Along..Pehal?’
Terdengar bunyi bising. Tv agaknya. Teka Aiman.

‘Pakngah dah tidur?’

‘Dah..’

‘Makngah?’

‘Along ni call nak cek orang tidur ke pa..Dah la..’
Man mengubah siaran tv. Bosan!

‘Along kat depan ni..Bukak pagar,’
Man yang tengah sedap terbaring dia atas sofa hampir terbangun. Terkejut.
Mimpi apa la Along ni datang malam malam camni.

‘Ok ok..’
Kunci yang tergantung di pintu dicapai. Ni mesti kes berat ni, tetiba terpacak depan rumah. Kalut kalut dia menyarung selipar jepun. Along sudah melambai-
lambai dari luar pagar.

‘Slow slow sikit..nanti bangun pula diorang,’
Man buat muka pelik. Mabuk ke Along aku ni. Pintu sudah terbuka.
Man memanjangkan leher. Pandang kanan, takde. Kiri pun takde..
Dalam?..aishh lagilah takde..

‘Member hantarlah..’
Ujar Along selamba.

‘Lerh..patutla..Hantar naik apa? Tak dengar pun..’
Dipandang Along yang tak datang sehelai sepinggang.
Beg silang tersandang di bahu kiri.

‘Nak dengar apanya..Tv bukan main kuat..Ada cerita best ke?’
Along sudah duduk di sofa. Dah macam orang pelarian gaya. Min dengan Acap tu pun satu..malam ni juga nak balik.. bosan la pula nak duduk dalam bilik tu sesorang..lagipun selama ni aku memang ulang alik dari rumah..Nak balik rumah?? Alamatnya kena tadah telinga.

‘Entah..bosan je pun..’ Man menukar-nukar siaran. Akhirnya tv ditutup.

‘Jom layan cita best!’ Aiman bangun. Man ikut bangun.

‘Meggie ada?’

Man tak jadi panjat tangga. Faham benar dengan Along sorang ni.

‘Kari ke tom yam?’
Kaki sudah melangkah ke dapur.

‘Mana manalah.. Milo sekali..’
Aiman sudah menghilang ke tingkat atas. Masuk ke bilik Man. Berbaring. Mengeluh.
Man sudah di dapur. Membancuh milo sementara meggie kembang. Sambil itu
berfikir-fikir perangai Along yang tak serupa Along malam ni. Bukan Along tak
pernah datang rumah. Selalu je..Asal cuti, melepak la diorang. Layan bola
ke..ps2..Tapi hari ni pelik. Datang dah malam benar. Dah tu gaya macam tak mahu
mak ayah tahu je..Ah, maybe Along tak nak ganggu diorang tidur kot. Lantaklah.
Yang penting malam ni tak mati kebosanan. Dibuka penutup meggie, dah kembang ni.
Telefon bimbit dicapai. Mendail nombor Along.

‘Ni pehal call? Mana meggie..kelaparan tahap dewa dah ni..’

‘Panas la..turun turun..Ni meggie Man lagi nak bawak..’
Along bingkas bangun. Tersengih. Man Man. tak ada Man, mau mati kebosanan kat rumah..Ni la nasib anak sorang. Anak sorang?? Lepas ni..tiga orang kau dapat! Ahh..Along menguis jauh bisikan yang buat hidup dia huru hara..Bukan bisikan..tapi kenyataan Aiman Arif! Aiman buat tak peduli. Hah! Sudah! gila ke pa..gaduh dengan diri sendiri!Masuk ke dapur, dilihat Man sedang bercakap telefon.
Aiman menarik kerusi. Menghadap meggie yang sudah bau semerbak.

‘Kalau ada papa, aku inform kau..relax ok..bye..’

‘Neesa ni la..Nyesal pula kenalkan diorang..’
Aiman angkat kepala. Tak jadi hirup kuah meggie.

‘Pehal? Problem dengan Haikal?’
Man sudah berteleku di hadapan Aiman. Gaya macam dia pula ada masalah.

‘Hemm..Haikal tu pun satu..sms tak reply, call tak dapat..maunya tak bising budak
tu..’
Aiman buat muka kering. Ingat menda la sangat..Alahai cinta monyet..
Ceh, gaya aku tak pernah. Dia sengih. Meggie yang masih panas disumbat ke mulut.

‘Aik, Man pernah cerita ke pasal Haikal?’
Man bangun mengambil garfu dan sudu. Tengok Along makan lahap, terus berselera.

‘Makcik tu cerita..Dah tu, sedap sedap ja sound Along. ‘Awak ke yang kenalkan
dengan Haikal?’ Man tergelak besar. Lawak dengar suara Along yang dah jadi macam
pondan tua.

‘Asal tak cakap yang Along tu bukan Man..Saja la tu..’

‘Nak cakap mendanya..Asyik dia je yang nak bercakap. Tanya itu ini..’
Milo panas diteguk laju. Dah biasa minum air panas panas.

‘Pehal tawar semacam ni?’
Man buat tak tahu. Tekun menghirup kuah meggie. Aiman bangun. Mahu tambah gula.

‘Patutlah Man tengok Kaksya semacam ja..Langsung tak pandang Along. Ingat pemalu ke
pa..’ Aiman tergelak. Malu la sangat.

‘Kaksya?’

‘Yela..Aleesya..Sedap kan? Dah la cun..Nama pun sedap..’

‘Ah..tapi perangai! kalah makcik makcik!’
Kutuk Aiman selamba. Man angkat kepala.Aik, sejak bila Along aku ni semangat kutuk perempuan. Selama ni, tak pernah. Nak pernah apanya, bukannya Along suka cerita pasal awek pun..Borak pun pasal bola,pasal projek dia..pasal kereta..yang pasti cerita Along tak akan ada kaitan dengan awek.

‘Dia kata apa tau..’
Aiman duduk. Tangan sibuk mengacau milo.

‘Apa?’

‘Awak ingat elok sangat lah tu ajar bebudak tu berboyfriend! Lebih kurang macam tu

lah..’
Man sudah terkekeh kekeh.

‘Selamat Man…Dah tu Along kata pe?’
Aiman menghirup milo. Ni baru la ada rasa.

‘Along pa lagi..Saja kenakan dia..Masa tu, baru Along sedar yang..dia ingat..
Along ni Man..’ Serentak ketawa pecah.

‘Along Along..Nasib tak kena simbah air ke..Maunya jadi drama melayu terhebat di

pizza hut..’
Aiman hampir-hampir tersembur air milo. Ishh..mau jadi betul.mana mau letak muka seyh..

‘Ah tak beraninya! Dah la cerita pasal makcik tu..Jom layan chuck lagi best!’
Man sudah terjegil biji mata

‘Season 2??’

‘Yupe..Copy dari member..’

‘Jom jom..’
Dihirupnya kuah megi buat kali terakhir. Aiman sudah bergerak keluar
dari dapur.

‘Oit..jangan bukak lagi..Jap..’
Terkocoh kocoh Man membawa mug ke sinki. Ah, basuh bukan kerja lelaki.
Dia sengih. Sudah terbayang maknya bising esok pagi.

No comments:

Post a Comment