Monday, August 10, 2009

Aku ke kau Along? 4

Beg tangan dihempas ke katil. Cuba baring. Tak kena. Duduk juga tak kena.
Terasa kepala berselirat. Serabut. Tadi baru nak habis serabut, sesampai sahaja kat rumah,tak sempat nak redakan jantung yang sikit lagi nak berhenti mengepam, timbul pula kejutan lain.Satu hari dia diasak dengan benda-benda yang tak pernah terlintas masuk ke kepala otaknya. Penin. Sangat penin! Sarah! Lantas dia menekan punat hijau. Lama lagu Rihanna don’t stop the music bermain di corong telinga. Angkat la Sarah!!! Kepala aku sikit lagi nak meletup ni..

‘Hello..’
Terdengar suara serak serak basah Sarah. Mesti tidur ni. Alessya tak
peduli. Dia mesti lepaskan semua benda yang buat saraf otak dia berselirat sekarang
juga.

‘Weyh..aku..penin ni..tensen..serabut..kelam kabut..’
Alessya bangun. Berjalan tak tentu arah. Kejap ke kanan, kejap ke kiri.

‘Whoa..whoa..relax babe! Cuba ko duduk..bertenang dulu.. ’

‘Ceh, aci teka ja aku tak duduk!’
Aleesya tersengih.. Terbang sedikit serabut.

‘Eleh..tahu sangat la kau tu...So, dah duduk elok elok tu..Now, story sama aku..’

‘Adess..aku tak tau nak mula dari mana..’
Aleesya sudah berbaring. Teddy bear hadiah dari Sarah dipeluknya erat.

‘Dari A la..takkan dari Z..’
Seloroh Sarah..

‘Ah kau! Buat lawak pula..Aku tengah serabut ni!’

‘Relax ler..ha, aku teka..Aiman or Aiman Arif..Along..’

‘Hello..tak payah la nak mention that name! Tambah serabut je!’

‘Ok..ok..so pa kes ni?’
Terdengar pintu diketuk.Aleesya mengeluh..

‘Nape? Eh, dengar macam ada orang panggil kau tu..’

‘Emm..abah..’
Suara Aleesya sudah mengendur. Perlahan.

‘Dah tu? Pergi la dulu..’

‘Ok. I’ll call you back..’

‘Wokeh..bye..’

Aleesya bangun.. Tapi tidak bergerak membuka pintu.

‘Kenapa abah? Along dah nak tidur ni..’

‘Ok..we talk later..Abah cuma..’

Cuma apa abah?? Terasa kolam mata hangat.

‘Takpe lah..Along tidur lah..emm..dah lewat..’

Senyap. Maafkan Along abah. Along tak ready..Akhirnya air mata yang ditahan sekian
tadi tumpah juga..mama..mama..Tak jadi telefon Sarah. Telefon dimatikan. Disembam
muka ke bantal. Dia mahu tidur lena. Harapnya esok bila bangun..semua ni hanya
mimpi semata..

********


‘Babe! Kenapa off handphone?. Kau ok ke tak ni?’
Alessya senyum. Dah agak bising punya..Maunya tak, bangun pagi tadi, ada lebih sepuluh miscall. Selepas dia bersiap. turun ke dapur, telefon berbunyi. Tak sempat nak buat neskafe.

‘Sorry sorry.. Aku tertidur..Eh, hari ni kan archi week menda ntah..’
Gelas mug dicapai dari rak. Lamanya tak hirup neskafe panas..

‘Yela..tak dengar bunyi bising ni..kau ok ke tak ni?’

‘Ok..ok..emm tak..K.O..weyh..kejap lagi aku sampai sana..’

‘What?’

‘Paling lambat pun,dalam setengah jam aku sampai..Weyh, nak minum ni..susah nak
bukak tin ni sebelah tangan..See you there!’
Tanpa menunggu balasan, terus ditekan punat merah. Pantas dia membancuh neskafe.
Dicapai sekeping roti. Nantilah, aku lunch kat sana. Selesai bersarapan, dia
bergegas keluar. Nasib abah tak guna myvi..Sebut pasal abah..Terus rasa sebak.




*Ini adalah sambungan aku ke kau along? yang telah dipost di sini

http://penulisan2u.blogspot.com/2009/08/novel-aku-ke-kau-along-1.html


No comments:

Post a Comment