Monday, August 30, 2010

Aku ke kau Along 17

“Angah?”
Angah pandang Alongnya. Lepas tu pandang Along Man pula.Hadui, hal diorang aku pula dibabitkan..hari tu pergi tengok game, benda ni juga yang diorang nak bergaduh..Best sangat ke bawak kereta??
Aiman pandang Angah macam nak tembus. Sama macam Aleesya. Masing masing menunggu jawapan.
“Hmm..kasi la Along..”
Aleesya senyum sampai ke telinga..Muka puas tak ingat..Seronok betul bila Angah berpihak padanya..Well, kakak seibu sebapa mana boleh lawan dengan abang tak seibu sebapa! Haha.
“Tak aci..”
Aiman mencebik.
“Pe lak aci tak aci.Bak sini kunci..”
Tangan sudah disua. Namun Aiman buat tak endah.
“Haa..pe kata tanya Achik pulak?”
Aiman senyum nakal..Confirm lah Achik akan sokong aku..Baru semalam je belanja Achik kfc masa on da way balik dari ambil Achik dari sekolah..Hehe..
“Kalau seri camne pula??..Kira Angah sudah la..”
Achik yang tengah kalut mencari kasutnya panggung kepala..
“Pe achik achik?”
“Cepat achik..nak along Man drive or Along drive..”
Kunci kereta sengaja digawang gawang di depan Aleesya. Wajah Aleesya sudah merah menahan geram..Sekeh gak kang kepala tu!
“Pergi Along, balik Along Man..”
Selamba Achik membalas. Angah pecah ketawa..Slow slow Achik pun senang je decide..Huu..tak faham aku..Masing masing dah masuk 20an..tapi perangai macam budak kecik!
Aleesya senyum kambing..Termalu dengan perangai sendiri..Hish..ni semua Aiman la punya pasal..Entah aura apa entah..pantang jumpa empat mata mesti de je benda tak kena.huh..Tapi salah dia juga berebut nak drive dengan aku kan kan..Pe dia ingat, perempuan bawak macam kura kura ke..Malam la sikit cik Aiman..
“Bijak Achik..Tapi kan Achik..lagi bijak kalau biar Along Man je drive pergi balik..takdelah berlapar dalam kereta, tak sampai sampai”
Aleesya sudah menarik jelingan maut..Angah dah malas nak masuk campur..Bukak pintu kereta, sumbat earphone..dengar lagu favourite.
Achik pula pandang. Muka blurr habis..Masuk dalam kereta. Tak nak ambil pusing juga macam Angah, dah biasa tengok Along dengan Along sorang lagi bertekak. Tak pernah nak aman! Susah juga bila ada 2 along ni..ngaa..
Akhirnya kunci bertukar tangan jua. Aleesya senyum puas. Tiba tiba rasa berdebar pula. Gaya macam tak pernah pergi kenduri!
Pergi rumah Ejat, sebab dia jemput pergi kenduri pastu ambil i20, ucap terima kasih..Hemm tak salah kan..Bukan aku pergi sebab aku suka ke apa ke kat dia..Kan kan..Adoi aku pun tak faham dengan hati sendiri! Huu..tapi kenapa hati aku ni macam lain macam je rasa..Tenanglah wahai hati. Macam la selama ni kau tak pernah jumpa Ejat kan.


******

“Pe entah nama boyfriend Sya tu?
Tanya Aiman. Lagak dah macam CIA agent. Aleesya macam biasa menghadiahkan jelingan maut. Sejak bila pula Ejat jadi boyfriend aku ni..Hoh! Namun muka Aleesya sudah merah padam. Malu? Segan? Entah. Aleesya! Jangan berangan, ejat tu kawan je okay. Dia tu baik dengan kau sebab kau kawan dia..K.A.W.A.N. Keep that in mind!
“Awak Aleesya?”
Aleesya yang sedang memanjangkan leher ke dalam rumah, mencari kelibat Rizal atau Ejat automatic berpaling. Siapa pula ni? Gadis berselendang kuning itu tersenyum.
“Erk..ye saya?”

Gadis itu kini mengangkat keningnya pula sambil mata tak lepas meneliti Aleesya..Atas sampai bawah.
Aleesya sudah berkerut seribu. Huh, pe kes usha usha aku sampai nak juling mata tu. Kalau Aiman buat macam tu, logic la juga, lelaki! Kerek semacam je minah ni..Silap orang ke pa..Tapi camne dia tau nama aku pula??

“Oh..Ni la Aleesya..”
Bibir gadis itu sudah mencebir. Sambil mata masih tak lepas dari pandang Aleesya.
Aleesya dah terkebil kebil. Tak tau nak buat reaksi apa. Aiman di sebelah pula pandang Aleesya bertanya bisu ‘siapa?’. Aleesya hanya angkat bahu.
“Not bad..Tapi tak de lah cantik sangat..”
Perlahan, namun masih mampu didengar Aleesya. Ni pehal nak judge judge aku cantik ke tak ni..Ingat ini America Next Top Model ke..Memang la aku belajar kat Amerika..Tapi bila masa pula aku masuk model contest ni..Hoohh..
“Maaf ye..Kalau tak de pape..saya nak masuk dalam ni..Nak jumpa tuan rumah..”
Lantak engkaulah perempuan..i20 aku beribu kali lebih penting dari layan kau..
“Nak jumpa my ex ke..Kesian Ejat.. I tau dia saja jemput you sebab nak balas dendam kat I je..Tak sangka nampak je muka alim, tapi tak malu ambil boyfriend orang..Mesti awak minat dia dari INTEC kan..Kesian..”

Kaki automatic tak jadi melangkah. Darah tersirap. Lidah kelu. Sumpah! Dia sudah rasa menggeletar semacam. Kaki dah macam tak jejak tanah. Tak tau nak pandang mana.
“Betul kan..Kalau tak betul..Asal you diam je..Awak ingat senang senang ke Ejat nak suka kat awak..Hey, cermin sikit la muka tu..He was just playing with you la..”
Sabar Aleesya sabar.Sabar sabar sabar. Sabar sebahagian dari iman..Kau tak salah..Kau tak salah..Ejat yang jemput. Ejat nak kasi i20..Dah rasa tak boleh nak fikir apa apa. Yang dia tau, dia rasa menyesal sangat sangat datang sini! Ya Allah, tenangkan aku. Jangan sampai tangan ni melekat kat muka dia yang tak reti berbudi bahasa ni.

“Saudari, I really don’t get what’s going on here.. rasanya cik ni dah salah faham ni..Cik Aleesya ni bakal tunang saya..Just take care of your boy okay..Tak payah nak blame orang lain kalau Ejat tu dah tinggalkan you.”

Aiman mengerling Aleesya yang bagai sudah hilang dalam dunianya. Diam. Tak macam Aleesya yang dia kenal.
Aleesya hanya memandang bawah. Bodohnya aku bodohnya aku!! Aleesya! Mana Aleesya yang berani?? Kenapa lemah sangat ni..Tolong jangan nangis Aleesya! Aleesya menggigit bibir menahan tangis.
“Jom balik. Nanti ada orang berasap pula tengok ex dia jumpa awak..”


Semasa balik, akhirnya Aiman yang drive. Aleesya tanpa kata terus masuk kereta, duduk di belakang.Aiman terpaksa buat cerita pada Angah dan Achik yang Aleesya sakit kepala. Sunyi. Tiada siapa yang bersuara. Angah yang selalu banyak cakap turut diam. Masing masing melayan perasaan sendiri.
Sesampai di rumah, Aleesya terus naik atas. Kunci bilik. Sembam muka atas bantal. Akhirnya tumpah juga air mata yang cuba ditahan.

Bodohnya..Kenapa menangis Aleesya? Tak perlu pun. Patut kau tampar je muka perempuan tu tadi..Tapi..aku tak seberani tu..Ke sebab aku memang patut kena maki pun? Sebab aku dah rampas Ejat? Bila pula aku rampasnya?? Aleesya berperang dengan suara hati sendiri. Betul betul tak tahu apa yang dia rasa. Malu? Tapi kenapa? Marah? Pada Mira? Atau pada Ejat? Sebab rasa dipermainkan?? Entah!!! Yang dia pasti dia rasa malu dengan Aiman..Marah pada Ejat mungkin? Sakit hati?Macam mana kalau Aiman percaya dia memang perempuan spesies tu??Ya Allah kuatkan aku..Tiba tiba teringat mama..Bukan auntie Halimah tapi mama yang telah melahirkannya ke dunia ni..Kalaulah mama masih ada..Mesti mama dah pujuk dia..Mesti mama dah usap rambut dia..Mesti mama..Mama pernah pesan kalau marah cepat cepat ambil wuduk..Nanti mesti rasa tenang..Kalau sedih, mengadu pada Allah..Allah tu Maha Mendengar. Aleesya bingkas bangun. Teringat dia belum solat Asar. Patutlah jadi kusut semacam, ni mesti si Syaitan dah masuk kepala.

Sesudah Aleesya membuka telekung, terdengar suara mama memanggilnya.
“Ye ma..”
Aleesya cepat cepat membuka pintu yang berkunci. Baru tersedar membiarkan auntie Halimah bercakap di luar bilik.
“Maaf ma..Sya lupa Sya kunci pintu..Masuklah..”
Entah kenapa dia ringan mulut. Mungkin rindu pada mamanya membuatkan dia rasa nak menumpang kasih pada ibu..Aiman?..Aleesya mengeluh. Teringat kata kata Aiman..’Dia bakal tunang saya.’ Entah macam mana Aiman boleh jadi superheronya. Terus tak terkata apa perempuan tu..atau Mira?
“Ni kenapa muka monyok je ni..Anak dara tak elok masam masam macam ni tau..Hilang seri..”
Aleesya tersenyum kecil. Mama..kalau mama masih ada, mungkin mama akan berkata perkara yang sama..Mungkin..
“Takde la..Penat je..Eh ma nak pergi mana ni?”
Dilihat Auntie Halimah mengenakan baju kurung siap bertudung.
“Ma nak pergi menziarah ni..Dapat tahu ayah kepada kawan abah meninggal..Sakit tua.”
“Innalillahi wainnalillahi rajiiun..”
“Ok..Ma pergi dulu.Aiman de kat bawah tu..Aiman tidur sini je, sebab ma dan abah pun tak tahu nak balik pukul berapa ni. Jauh juga rumah tu..Mesti jam time time camni”
“Oh..”

Itu yang terkeluar dari bibir..Adeh, segannya nak mengadap muka Aiman bila teringat pasal tadi. Segan..Malu..Entah..Takut memikirkan apa yang difikirkan Aiman pasalnya..’dia bakal tunang saya’. Ah, duduk dalam bilik sudah! Tak payah turun bawah..Senang cerita kan. Buku hlovate yang baru dibeli semalam dicapai. Baik layan novel dari layan perasaan yang aku sendiri pun tak faham. Bercinta pun tidak tak pasal pasal aku dituduh perampas. Memang hampas betul la si Ejat tu pun, ada ke patut suruh aku datang sebab nak buat drama dengan Mira! Rasa nak penggal je kepala Ejat tu! Dia ingat dia handsome sangat sampai aku nak berebut rebut dia dengan Mira..Pooorahhh..!!!Aiman lagi..’dia bakal tunang saya..’ Hah sudah! Apa aku ni..Tak habis habis ayat tu je main dalam kepala, macam rakaman je, ulang ulang..Tidak..Aleesya sudah masuk mode weng. Kepala sudah weng ni..Macam mana..Mata je semangat tenung novel, tapi satu apa pun tak masuk.

“Along! Along Man panggil..!”
Laung Angah dari bawah. Along Man? Aiman? Hah..sudah..Baru je kepala otak buat rakaman ulang tayang filem fantasy arahan si Aleesya bertajuk ‘dia bakal tunang saya’..kemudian.. si watak utama suruh turun mengadap pulak! Nak pergi ke tak ni..Pehal lak cari aku ni. Nak tanya pasal Ejat ke..Ke nak ajak tunang?? Huih, pe ni Aleesya! Agak agak fikir sampai luar alam! Sah kepala weng tahap tak beragak ni!!

1 comment:

  1. adoi pening betol nk paham ape yang ade dalam otak pompuan ni kadang2 eh. baik pegi main puzzle ajiji:D

    ReplyDelete